Masjid, surau sekitar Istana Kubang Kerian ditutup

Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan masjid dan surau di sekitar Istana Kubang Kerian di sini, ditutup sementara berkuat kuasa semalam.

Yang Dipertua MAIK, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, penutupan sementara itu juga mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhamamd V.

“Berkuat kuasa semalam, solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti di masjid, surau dan musolla di kawasan sekitar Istana Kubang Kerian ditutup untuk sementara waktu hingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan.

“Arahan ini berikutan terdapat penularan kes Covid-19 di kawasan berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Masjid dan surau terbabit adalah Masjid Raja Perempuan Zainab 2, Istana Negeri; Madrasah Ehsan, Wakaf Seri Paduka, Jalan Tok Kenali; Surau Kubur Tok Kenali; Masjid Makmuriah, Taman Mawar, Chicha; Masjid Taman Seri Aman, Kubang Kerian; Masjid As Sunnah, Taman Al Qari, Kubang Kerian; Masjid Iltikaf Haji Kak Ku Daud, Kampung Pulong; dan Masjid Al Hadi, Kampung Pulong.

Semalam, Kelantan mencatatkan satu lagi kluster baharu iatu Kluster Hilir yang merekodkan 21 kes positif Covid-19. Hingga kini, terdapat empat kluster wabak itu di negeri berkenaan.

Sumber:Hmetro

 

Be the first to comment on "Masjid, surau sekitar Istana Kubang Kerian ditutup"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*