‘Tak0t Dijangk!ti C0VID-19’- #SuaraPelajar Trending Di Twitter, Papar Luahan Kebimbangan Para Pelajar

Umum sedia maklum bahawa sesi persekolahan dibuka untuk calon SPM dan STPM mulai hari ini. Akan tetapi, 18 pelajar disahkan positif C0VID-19 di Sabah semalam telah mencet0skan kebimbangan dalam kalangan pelajar.

Terbaharu, #SuaraPelajar trending di Twitter dan ramai pelajar meluahkan pendapat mereka akan menduduki peperiksaan dalam situasi pandemik yang masih belum terkawal.

Rata-rata pelajar mahu suara mereka didengar kerana mereka berasa bimbang dan takut akan dijangkiti wabak pandemik COVID-19 ketika menduduki peperiksaan terutama sekali pelajar tidak perlu jalani swab test untuk COVID-19.

Ramai faham kepentingan untuk menduduki peperiksaan, tetapi rata-rata pelajar mahukan jalan penyelesaian yang baik dan menyakinkan untuk mereka hadir ke sekolah tanpa perasaan takut.

Mungkin pihak Kementerian Pelajaran Malaysia boleh cadangkan beberapa langkah pencegahan seperti menjalani swab test dan kuarantin kendiri. Apakah pula pendapat anda akan isu ini? – Sumber dipetik dari The v0cket, Twitter

Be the first to comment on "‘Tak0t Dijangk!ti C0VID-19’- #SuaraPelajar Trending Di Twitter, Papar Luahan Kebimbangan Para Pelajar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*