Ditinggal suami seawal usia 17 tahun, wanita pasr4h jadi ibu tungg4l anak dua

Tidak dinafikan, alam perkahwinan merupakan antara yang diingini oleh setiap insan tetapi tidak seperti yang digambarkan. Momen gembira dan sedih itu pasti wujud dalam menjalani rumah tangga.

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita bernama Siti Aishah Ishak, apabila perkahwinannya dil4nda bad4i sebelum ditinggalkan oleh suaminya.

Berkahwin seawal umur 14 tahun

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok miliknya, wanita berusia 23 tahun mengakui dia telah berkahwin seawal umur 14 tahun dan dikurniakan cahaya mata pertama lelaki pada usia 15 tahun.

Selepas dua tahun melayari bahtera sebagai pasangan suami isteri, dia disahkan meng4ndung anak kedua dan kali ini seorang puteri pula.

Pada usia k4ndungan tujuh bulan pula, difahamkan Aishah telah ditinggalkan oleh suaminya dan membiarkan dia keseorangan membnting tul4ng demi membesarkan anak-anak.

Sehingga kini, kedua kanak-kanak berusia lapan dan enam tahun itu masih belum bertemu bapa mereka yang ‘hil4ng’ tanpa memunculkan semula dirinya.

Semoga mendapat kebahagiaan nanti

Perkongsian tersebut dipenuhi komen netizen yang memuji kecekalannya dalam mengharungi kehidupan sepanjang bergelar ibu tungg4l selain turut mendoakan agar dia sentiasa kuat menghadapi uj1an daripada Allah SWT.

Ibu yang kuat! Jaga anak elok2

Tabahnya muda2 dah hadapi uj1an seberat ini

Allah uji sebab awak kuat

Kehidupan berumah tangga sememangnya tidak sentiasa indah tetapi kehidupan harus diteruskan walaupun agak p3rit untuk ditelan.

Sumber: TikTok Siti Aishah Ishak via omm

Be the first to comment on "Ditinggal suami seawal usia 17 tahun, wanita pasr4h jadi ibu tungg4l anak dua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*