Demi cinta, jurugambar Malaysia tempuh banyak uj1an sebelum nikahi model Rusia

Sejak beberapa hari lepas, tular di aplikasi Tiktok apabila seorang jejaka Melayu dikenali sebagai nuaryusli selamat diijab kabul dengan pasangannya Anna Eltsova di Teluk Panglima Garang, Selangor.

Tular di Tiktok

Video memperlihatkan perjalanan mereka yang bermula dengan lamaran dan diakhiri dengan bersanding di jinjang pelamin itu telah mendapat lebih daripada 1.7 juta tontonan di Tiktok.

Cerita bibit perkenalan

Merujuk kepada Mstar, Mohamad Anwar Mohd Yusli, 27 yang merupakan seorang jurugambar Malaysia telah menceritakan bibit perkenalan dia dan isterinya yang kini berusia 23 tahun.

“Saya berkenalan dengan Anna pada Julai 2018 menerusi satu sesi photoshoot. Masa tu saya shoot dia untuk satu photoshoot baju.”
“Dia memang full time model di Malaysia, dia dah datang sini dua tahun sebelum kami berkenalan.”
Mula-mula keluarga pun was-was. Tapi lama kelamaan, saya yakinkan keluarga. Sebab Anna lain dari yang lain.” Jelasnya.

Banyak dugaan sepanjang bertunang

Tambanya lagi, dia mulai melamar isterinya pada 2020 dan memberinya cincin pertunangan. Jelasnya, dia akui sepanjang pertunangan ramai lelaki cuba mendekati wanita Rusia itu namun ditolaknya kerana dia bukanlah seorang yang mata duitan.

“Memang mencabar, macam-macam lelaki datang kat dia. Tapi dia bukan mata duitan. Dia pandang keikhlasan saya dalam hubungan kami.” Tambahnya.

Tiada masalah komunikasi

Menyentuh isu komunikasi, Nuar memaklumkan tiada masalah setakat ini kerana Anna fasih berbahasa Inggeris. Dia juga sudah memahami bahasa Melayu kerana lebih mudah untuk dipelajari berbanding bahasa Rusia sendiri.

“Kalau saya berborak dengan sesiapa dalam bahasa Melayu, dia boleh je faham, bahasa Melayu sebenarnya lebih senang dipelajari berbanding bahasa Rusia.” Katanya.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan

Di akhir bicara, jurugambar yang juga merupakan seorang kontraktor itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memdoakan hubungan perkahwinan mereka.

Dia akui tidak menyangka bahawa dalam tempoh 24 jam sahaja video yang dimuat naik secara suka-suka memperoleh 1 juta tontonan.

Dalam pada itu, Nuar turut berharap pandemik ini segera selesai supaya kita semua dapat hidup seperti biasa dan mereka dapat memilih tarikh untuk meneruskan majlis resepsi yang tidak tahu lagi tarikhnya.

Sumber: Mstar (Mohd Izzat Mohd Khalizan),nuaryusli via omm

 

Be the first to comment on "Demi cinta, jurugambar Malaysia tempuh banyak uj1an sebelum nikahi model Rusia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*