Abam sentiasa ada bersama kami’ – Achey Bocey

Kuala Lumpur: Pelawak dan penyanyi, Achey, 35, mengakui perasaan rindunya dan Fad terhadap sahabat baik mereka, Allahyarham Abam Bocey tidak pernah berkurang walaupun esok genap setahun Abam meningg4l dunia.

Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah berkata, pemergian Abam pada 10 Februari tahun lalu bukan satu kehilangan kerana dia dan Fad merasakan Abam sentiasa ada bersama dengan mereka.

“Bagi terus mengenang Abam ada bersama kami dan menghilangkan sedikit rindu, saya biasanya akan membuat perkongsian di Instagram sama ada sekali atau dua kali seminggu mengenai kebaikan serta kegembiraan yang ditinggalkan Abam.

“Dengan perkongsian ini, semoga Abam terus diingati oleh kita semua dan doa tanpa henti sentiasa dititipkan buatnya. Saya percaya, ramai orang yang mendoakan kesejahteraannya,” katanya kepada Harian Metro.

Berbicara mengenai perancangan Bocey, Achey berkata, dia dan Fad dalam perancangan menubuhkan perniagaan dan keuntungan diperoleh akan disalurkan ke rumah anak yat1m yang pernah dibantu Abam.

“Kami juga merancang untuk memperkenalkan saluran YouTube Bocey dan berkongsi ‘content’ menarik buat tontonan pelanggan yang mana jika berjaya, hasil dari situ juga kami akan sumbangkan kepada badan-badan kebajikan yang pernah dibantu Abam,” katanya.

Kami juga merancang untuk memperkenalkan saluran YouTube Bocey dan berkongsi ‘content’ menarik buat tontonan pelanggan yang mana jika berjaya, hasil dari situ juga kami akan sumbangkan kepada badan-badan kebajikan yang pernah dibantu Abam,” katanya.

Menurut Achey, mereka mahu meneruskan segala kerja amal dan kebajikan yang ditinggalkan Abam buat mereka.

Katanya, segala kerja baik yang ditinggalkan itu, Insha-Allah akan mereka sambung.

Selain itu, Bocey juga akan terus bergerak berdua dalam memenuhi tawaran program TV yang disertai. Katanya, jika sampai ketikanya bergerak seorang pun, ia tetap berpaksikan nama Bocey.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan meningg4l dunia di rumahnya, tahun lalu selepas dua hari mengalami dema4m.

Allahyarham meningg4lkan balu, Nurhidayah Mohd Ali dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun tujuh bulan.

 

Sumber HMetro

 

Be the first to comment on "Abam sentiasa ada bersama kami’ – Achey Bocey"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*