Ramai kagum penampilan baharu Rina Harun

Kuala Lumpur: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun trending di Twitter apabila ramai warganet memuji penampilan terbarunya.

Rina, 47, menerima pujian ramai kerana penampilan barunya yang semakin langsing berbanding sebelum ini.

Malah, rata-rata warganet memuji kecantikan Ahli Parlimen Titiwangsa itu sebagai inspirasi untuk mencapai berat badan idaman masing-masing.

Salah seorang pengguna Twitter menggunakan nama @natashaanuar berkata, gambar lama Rina boleh dijadikan motivasi buat dirinya.

“I have rina harun’s old photo as a motivation (saya mempunyai gambar lama Rina Harun sebagai motivasi).

Selain itu, pengguna Twitter dengan nama @reja92 berkata: “Inspired by Rina Harun. If she could do it, I should be able to” (“Dapat inspirasi daripada Rina Harun. Jika dia boleh buat, saya pun boleh juga).

Sebelum ini, Rina disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di Klinik Kesihatan Putrajaya.

Sumber HMetro

Be the first to comment on "Ramai kagum penampilan baharu Rina Harun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*