Hkum Pengambilan Vaks1n Cov1d-19 Adalah Harus – Mufti Wilayah Persekutuan

Berhubung dengan pengambilan Vaks1n Covid-19 yang akan dilakukan di negara kita dalam masa terdekat, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Luqman Abdullah telah mengeluarkan hkum berdasarkan dalil dan nas yang berkaitan.

Menurut laporan Bernama, Mufti Wilayah Persekutuan melalui Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah bersetuju menggunakan resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) telah bersetuju bahawa hkum pengambilan Vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan yang ditetapkan kerajaan.

Datuk Dr Luqman Abdullah dalam satu kenyataan berkata PMWP menyokong sepenuhnya pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijangka bermula penghujung Februari ini.

Dari aspek kepenggunaan pula, hkum harus itu turut diputuskan selepas mengambil kira pendirian tegas kerajaan bahawa hanya vaks1n yang telah dikenal pasti statusnya sebagai halal dan tayyiban sahaja yang akan digunakan sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini”

Keputusan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada Khamis lepas bagi membincang dan mencari penyelesaian selepas timbul kekel1ruan orang ramai berkenaan pengambilan vaks1n tersebut.

PMWP turut menyeru seluruh umat Islam di negara ini khususnya di Wilayah Persekutuan agar menghormati fatwa yang telah diputuskan berhubung pengambilan vaks1n COVID-19 di Malaysia.

Sumber via  LM

 

Be the first to comment on "Hkum Pengambilan Vaks1n Cov1d-19 Adalah Harus – Mufti Wilayah Persekutuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*