Program imunis4si tidak boleh gagal

KUALA LUMPUR: Program imunisasi COVID-19 kebangsaan yang akan bermula pada penghujung bulan ini tidak boleh gagal dan perlu mencapai matlamatnya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, ketika menaruh harapan sedemikian berkata usaha berkenaan memerlukan sokongan semua pihak, memandangkan negara yang melaksanakan program imunis4si mula menunjukkan pemulihan terhadap aspek ekonomi mereka.

Katanya, sebarang g4ngguan terhadap program imunisasi kebangsaan dan p4ndemik COVID-19 yang berterusan akan mengundang ketidaktentuan ekonomi.

“Apabila tiba masa untuk kita menerima vaksin, segeralah mendaftar agar sasaran kita untuk mencapai imuniti kelompok dapat dipercepat, seterusnya membolehkan proses pemulihan ekonomi disegerakan.

Saya hendak tegaskan sekali lagi, vaksin yang diperoleh Malaysia adalah selamat dan berkesan. Ia diuji kepada puluhan ribu penerima sebelum diluluskan. Jutaan manusia di seluruh dunia sudah mula menerima sunt1kan mereka.

“Tiada bukti vaksin ini memudaratkan ny4wa atau kesihatan mereka. Vaksin ini tidak akan mengubah asid deoksiribonukleik (DNA) penerima. Vaksin ini tidak mengandungi mikrocip untuk mengambil alih pemikiran kita.

Vaks1n ini bukan agenda illuminati yang mahu menubuhkan New World Order. Vaks1n ini dihasilkan oleh sains. Kita mesti yakin dengan sains dan bukannya teori konspirasi yang tular dalam kumpulan WhatsApp keluarga atau taman perumahan yang memetik sumber p4lsu. Sains mesti menang,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Khairykj.com, hari ini.

Menerusi keyakinan terhadap sains dan vaksin, Khairy berkata seramai mungkin akan menerima suntikan mereka sehingga menyaksikan bilangan jngkitan COVID-19 dan jumlah pes4kit di unit rawatan rapi (ICU) mula menurun.

Berikutan pencapaian itu, katanya, kerajaan mempunyai asas untuk memutuskan supaya lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial beroperasi tanpa sekatan yang terlalu ketat.

Inilah kaitan langsung program imunisasi yang berjaya kepada pemulihan ekonomi. Ia sangat berkait rapat.

“Bagi Malaysia, Bank Dunia meramalkan ekonomi kita akan kembali berkembang pada kadar 6.7 peratus bagi 2021, tetapi ini tertakluk kepada kelancaran dan keberkesanan program imunisasi, peningkatan kedudukan eksport negara serta tahap pelaburan di Malaysia.

Kejayaan pelaksanaan program imun1sasi kebangsaan penting bagi memastikan ramalan ini dapat dicapai dan pemulihan ekonomi dilakukan dengan lancar apabila lebih banyak aktiviti ekonomi dapat dibuka.

“Sebagai contoh, apabila sempadan negara kembali dibuka, sektor yang terjejas teruk seperti penerbangan dan pelancongan akan dapat beroperasi semula. Begitu juga kilang-kilang yang dapat beroperasi tanpa ris1ko perlu ditutup akib4t jangk1tan sesama pekerja.

Rantaian ekonomi berterusan akan membolehkan kitaran ekonomi berjalan lancar yang akan membawa kebaikan bukan sahaja kepada negara, malah kehidupan seharian rakyat,” katanya.

Apa Kata Anda.?Terima Kasih.Like,Komen dan Share.

Sumber via BHONLINE

 

 

 

 

Be the first to comment on "Program imunis4si tidak boleh gagal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*