Terkait beberapa isu viral, pekerja tunjuk lori J&T tak lagi penuh barang

Sejak beberapa minggu lalu, pelbagai isu telah diutarakan berkaitan permasalahan yang berlaku dalam syarikat khidmat penghantaran barang J&T.

Dari kelewatan pembeli menerima barang, barang diterima rosak sehingga masalah berkaitan pekerja syarikat tersebut tular di media sosial.

Disebabkan hal itu, ramai yang mulai tawar hati untuk menggunakan perkhidmatan dari J&T dan merubah inisiatif penghantaran kepada syarikat yang lain.

Lori J&T kosong

Oleh itu, menerusi video yang tular di Twitter, seorang pengguna media sosial dikenali sebagai CahayaSakinah_ telah muat naik kembali video Tiktok menunjukkan lori J&T yang membawa barangan kosong dan hanya beberapa kotak sahaja di dalamnya.

 

Menurut muat naik tersebut, sebelum ini biasanya pihak mereka mampu membawa barang sehingga 100-150 kotak sehari, namun sejak beberapa isu viral timbul, mereka hanya membawa sekitar 20-30 barang sahaja untuk dihantar ke pembeli.

Bukti kuasa pengguna

Perkongsian itu nyata membuatkan warganet mulai tertarik untuk menulis komen di ruangan tersebut.

Rata-rata mereka meninggalkan pelbagai maklum balas dengan mengaitkan isu viral sebelum ini dan kualiti perkhidmatan mereka yang sering menjadi perbualan.

Mereka hncurkan kepercayaan kita

Banyak mar@h, sikit mar@h

Itu bukan masalah seller & pembeli

Memang ramai yang stop pakai J&T

Sumber CahayaSakinah via omm

Be the first to comment on "Terkait beberapa isu viral, pekerja tunjuk lori J&T tak lagi penuh barang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*