Berkongsi rezeki, Ebit Lew ziarah tok0ng beri ‘ang.pau’ buat para sami

Masih setia menged4r bantuan, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew hari ini telah tiba di Alor Setar untuk memberi senyuman kepada masyarakat disana pula.

Beri sumbangan di tokong

Dalam perkongsiannya di media sosial, Ebit Lew telah datang ke Tokpng Wat Nikrodharam Alor Setar untuk memberi ang.pau kepada s@mi disana.

Dalam perkongsiannya itu, beliau memaklumkan bahawa mereka semua mengenali dirinya dan berasa gembira apabila diziarahi oleh pendakwah muda berkenaan.

Rata-rata daripada mereka menyambut Ustaz Ebit dengan senyuman dan berterima kasih dengan pemberian tersebut.

Nak kongsi rezeki RM200,000

Sebelum ini, pendakwah berusia 36 tahun itu ada memaklumkan mahu mengedarkan RM200,000 untuk 400 orang dengan setiap orang mendapat RM500.

Hadiah tersebut akan diberikan kepada guru-guru yang mengajar mengaji di masjid ataupun surau yang hilang pendapatan. Selain itu, mereka yang berkhidmat di kuIl, ger3ja dan tok0ng juga turut sama akan diberikan dengan cara menghubunginya sahaja.

Contoh sebenar Islam yang baik

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji inisiatif yang dilakukan oleh Ebit Lew dalam membantu masyarakat yang terjejas pendapatannya.

Mereka juga berasa terh@ru kerana beliau tidak langsung membezakan antara kaum ataupun agama dalam memberikan bantuan kepada mereka.

Berbeza tak halang kita berkasih sayang

Saling hormat-menghormati tu yang penting

Sumber Ebit Lew via omm

Be the first to comment on "Berkongsi rezeki, Ebit Lew ziarah tok0ng beri ‘ang.pau’ buat para sami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*