Menteri Agama ucap tahniah, ‘Detektif Lim’ Gerak Khas selamat bernikah

Bagi penggemar drama bersiri kepolisian, Gerak Khas pastinya mengenali wat@k Detiktif Lim yang kini sudah naik pangkat dengan memegang jawatan sebagai Sub Inspektor Lim.

Watak tersebut telah dimainkan dengan begitu baik oleh Farid Amirul Hisham Abdullah sehingga dia lebih dikenali dengan nama watak berbanding nama aslinya.

Pelakon Gerak Khas nikah

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri, beliau memaklumkan telah terseremp@k dengan Farid Amirul di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang baru selesai melangsungkan pernikah.an.

Sempat bergambar dengan menteri

Menurut Menteri Agama, beliau secara tidak seng@ja bertemu dengan pelakon tersebut bersama isteri sebelum mengambil gambar bersama.

Dikesempatan itu, beliau turut mendoakan agar hubungan pernikah.an mereka terus berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuri@t yang soleh serta solehah.

Tahniah buat ‘Sub Inspektor Lim’

Diakhir perkongsian tersebut, Dr Zulkifli sempat berseloroh dengan mengatakan DCP Datuk Helmi dan Detektif Lingam tentunya berasa gembira dengan perkhabaran tersebut.

Justeru itu, ruangan komen di Facebook beliau telah dihu.jani dengan ucapan tahniah buat Farid Amirul dan isteri diatas pernikah.annya itu.

Selamat pengantin baru

Semoga terus berbahagia hingga ke Jannah

Sumber Dr Zulkifli Al Bakri via omm

Be the first to comment on "Menteri Agama ucap tahniah, ‘Detektif Lim’ Gerak Khas selamat bernikah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*