“Biar la kita hil@ng segalanya, asalkan dia kembali..” – Isteri Shuk Sahar

Isu mengenai pelawak, Shuk Sahar masih lagi belum berakhir apabila pihak pengurusan telah menamatkan perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM berkuat kuasa semalam.

Bagaimanapun, hal ini juga sekali gus terpalit terhadap isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau mesra dipanggil Sera yang turut menjadi tempat netizen untuk memberi komen mengenai isu tersebut.

Kembali ke tempat asal

Menurut laporan mStar Online, dia menganggap penamatan k0ntrak suaminya itu pasti mempunyai hikmah tersendiri selain berharap agar apa yang berlaku sekarang mampu membuatkan Shuk sedar dan kembali kepada keluarganya.

“Biar la hilang segalanya asal dia kembali tempat asal… daripada ada segala-galanya tapi lupakan saya dan anak-anak.
Tak mengapa, rezeki Allah itu luas, kalau mula dari bawah sekali pun tak mengapa, asalkan hal4l,” luahnya.

Terdahulu, pihak pengurusan stesen radio tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa pelawak berusia 35 tahun itu telah mel4nggar terma perjanjian yang ditetapkan selepas dig4ntung tugas sejak 24 Januari lalu.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Almy.

Sumber: mStar Online (Juliana Johar) & Instagram Rossa Sera via omm

Be the first to comment on "“Biar la kita hil@ng segalanya, asalkan dia kembali..” – Isteri Shuk Sahar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*