Semperna Ulang Tahun Ke 12 tahun,Erra Fazira titip pesan buat puteri kesayangan.. Ramai betul sayang Aleesya

Berikutan sambutan ulang tahun kelahiran ke-12 anaknya, Engku Aleesya, selebriti terkenal Erra Fazira memuat naik satu video meraikan anaknya itu.

Dalam pada itu, pemilik nama Fazira Wan Chek itu sempat menitipkan pesanan serta ucapan buat anak tungg4l kesayangannya itu.

Hadirmu menyempurnakan hidupku

Genap 12 tahun dikau dilahirkan.. Seusia mudamu, pelbagai kenangan yang dikau lalui.. Jadikan semua ini pengalaman istimewa buatmu..
“Masih segar dalam ingatan pertama kali dikau berada dalam dakapanku.. Ggur segala kesakltan dan kepyahan saat kita bertentang mata.. Hadirmu menyempurnakan hidupku.. Ya Allah.. Terima kasih di atas anugerahMu..”luah Erra berb4ur seb4k di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu, bintang drama ‘Gerak Khas’ berkenaan berkongsi kenangan sewaktu melahirkan anaknya di mana saat pertama kali bertentang mata, ggur segala kesakltan serta kepyahan dirasainya.

Jelas wanita berusia 47 tahun itu lagi, dia bersyukur kerana kehadiran Aleesya telah menyempurnakan hidupnya di dunia ini.

Happy birthday Aleesya!

Menjengah ke ruangan k0men, rata-rata netlzen mengucapkan selamat hari lahir kepada Aleesya memuji kecantlkan kedua anak-beranak itu.

Dah besar, cantik macam ibunya

Dalam pada itu, ayah Aleesya iaitu Engku Emran turut tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari lahir buat puteri tercinta.

Aleesya ajar ayah erti kehidupan

Aleesya sayang Ayah, dah masuk 12 tahun hari ini. Ayah sangat bersyukur dapat jadi ayah kepada Aleesya. Aleesya banyak mengajar Ayah tentang erti kehidupan,” tulis Emran.

Menurut Emran, mereka anak beranak telah menghdapi pelbagai cab4ran dan uji4n bersama. Dia berharap Aleesya menjadi seorang anak yang berjaya dalam hidup, hamba Allah yang sentiasa taat padaNya dan dikurniakan ketenangan buat selamanya.

Terdahulu, ibu tiri kepada Aleesya iaitu Noor Nabila turut memuat naik ucapan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-12.

Sumber: Instagram Erra Fazira, Instagram Engku Emran 

ohmymedia

Sebelum Itu :

“Kau Serikan Hidupku & Anakku Dengan Kehadiran Aleesya”– Noor Nabila

Di Instagram, kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila telah memuat naik satu posting khas sempena ulang tahun kelahiran anak tirlnya iaitu Aleesya.

Allah ku bersyukur dan berterima kasih Ya Allah, kau serikan hidupku dan anakku dengan kehadiran Aleesya. Wahai Rabbul alamin panjangkan usianya, sihatkan dia, luaskan rezekinya, makbulkan segala doa-doanya, sempurnakan hajatnya, capaikan segala cita-citanya. Selamat hari jadi yang ke-12 sayang. Semoga Aleesya sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya. We love you so much

Sempena ulang tahun kelahiran Aleesya yang ke-12, Nabila memohon yang terbaik buat anak tirinya itu. Tambah Nabila, kehadiran Aleesya dalam keluarga telah menyerikan lagi hidupnya dan Jebat.

Terdahulu, Aleesya turut hadir di majlis perkahwinan ayahnya iaitu Engku Emran. Mengenakan busana bewarna putih ketika majlis perkahwinan ayahnya, Aleesya turut kelihatan mesra bersama Jebat dan ahli keluarga ibu tirlnya. Malah, dia turut menyertai beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga Nabila selepas majlis tersebut berlangsung.

Sumber: Noor Nabila / ohbulan

Be the first to comment on "Semperna Ulang Tahun Ke 12 tahun,Erra Fazira titip pesan buat puteri kesayangan.. Ramai betul sayang Aleesya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*