Dapat ibu pengotor sampai geIi nak pij@k lantai rumah, anak akui malu nak bawa balik suami – “Tetamu datang, mak salahkan adik-adik pemalas”

MENJAGA kebersihan merupakan satu tuntutan dalam agama Islam.

Di Facebook, seorang wanita tampil berkongsi kisah mengenai sikap ibunya yang pengot0r

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, dia bagaikan sudah putus asa dengan sikap orang tuanya yang tak pernah berubah sejak dia bujang sehinggalah mendirikan rumah tangga.

“Rumah mak ayah kotor sangat sampaikan ada masanya saya geli nak pij4k. Setiap kali saya balik rumah mak saya, saya akan bersihkan rumah tu.

“Saya pernah tegur mak ayah saya tentang rumah tu, dia jawab… lantaklah rumah aku. Kadang-kadang tu mak saya baru balik kerja, dia main campak je pakaian dia.

“Kadang-kadang saya sampai segan dengan suami saya sebab perangai mak ayah saya. Sampai malas nak balik bermalam di sana.

Wanita itu sering bergad0h dengan ibunya mengenai kebersihan rumah. (Gambar Hiasan)

“Walaupun suami saya jenis tak kisah, tapi saya tetap tak selesa untuk anak-anak,” luahnya.

Tambah wanita itu, dia juga segan setiap kali tetamu berkunjung ke kediaman ibu bapanya.

Malah, dia juga pernah menjumpai kuih yang sudah luput di bawah katil serta pisang bur0k di atas meja makan kediaman mereka.

Mak saya jenis peramah, tak kira siapa dia suka cerita hal a!b keluarga.
-anak

Lebih ter0k katanya, adik-beradiknya pula sering dipersalahkan dan dilabel sebagai pemalas di hadapan tetamu.

“Kadang ada tetamu datang, mereka tengok rumah tu bersepah… mak saya boleh pula salahkan adik-adik saya.

“Dia kata adik-adik saya pemalas. Sedangkan mereka selalu kemas rumah. Dulu sebelum kahwin, hari-hari bergad0h dengan mak pasal kebersihan rumah.

“Mak saya pantang jumpa orang suka sangat cerita a!b keluarga sendiri, Sampai saya maIu nak bawa mak jumpa orang.

Dedah wanita itu, dia maIu apabila ibunya suka bercerita a!b keluarga. (Gambar Hiasan).

“Mak saya jenis peramah, tak kira siapa dia suka cerita hal a!b keluarga. Penat tegur, tapi kekal sama,” ujarnya.

Luah wanita itu, dia sebenarnya ris@u untuk berkongsi kisah itu di Facebook, biarpun tidak mendedahkan identitinya.

“Saya sendiri rasa serba salah sebab meluah kat sini sebab tak0t a!b keluarga saya terbuka di sini,” ujarnya lagi menerusi Facebook Kisah Rumah Tangga.

Dalam pada itu, netizen turut meninggalkan k0men, meminta agar ibunya dilembutkan hati dan berubah suatu hari nanti.

Malah, ramai yang turut menzahirkan rasa simpati atas apa yang dilalui wanita itu.

Mstar

Be the first to comment on "Dapat ibu pengotor sampai geIi nak pij@k lantai rumah, anak akui malu nak bawa balik suami – “Tetamu datang, mak salahkan adik-adik pemalas”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*