[VIDEO] Penduduk Berkurung Lepas Bandar Di Australia ‘Diser@ng’ Burung Kakak Tua Putih

Ramai di antara kita tak akan menganggap sekawan burung sebagai anc4man. Namun, seram jugak lah kalau beribu burung datang hinggap di rumah. Itu lah yang dihadapi oleh penduduk di pinggir bandar berdekatan Sydney, Australia apabila ribuan burung kakak tua putih ‘menyer4ng’ kawasan perumahan mereka.

Menurut Daily Star, ribuan burung tersebut yang dikenal pasti sebagai spesies burung kakak tua iaitu corellas merupakan burung yang berasal dari kawasan New South Wales Shoalhaven, Australia..

Difahamkan, penduduk kawasan pinggir bandar Sydney itu terkej0t sebab bangun-bangun je, mereka nampak ribuan burung putih terbang dan hinggap di bumbung dan halaman rumah. Kej4dian ini telah memaksa penduduk untuk berkurung dalam rumah.

Video kejadian an3h itu telah dimuat naik oleh @justsheff33 di TikTok. Dia dipercayai merupakan penduduk di kawasan itu.

Burung-burung tersebut juga turut hinggap di tiang elektrik. Difahamkan, burung ini boleh merosakkan tanaman manusia. Namun, mereka yang tinggal di situ tak boleh nak ambil apa-apa tind4kan sebab burung ini merupakan spesies yang dilindungi di negara itu.

Rata-rata netizen di TikTok mengatakan kejadian ini macam sama dengan salah satu bab@k dalam filem Harry Potter di mana puluhan burung hantu telah menyer4ng rumah bapa saudara Harry untuk menghantar surat tawaran ke Hogwarts.

Walau bagaimanapun, Professor David Phalen iaitu pakar konservasi dan kesihatan hidupan liar di Universiti Sydney berkata, burung-burung ini akan mencari tempat yang sesuai untuk mencari makanan sebelum terbang ke tempat lain.

Ketika bukan musim mengawan, spesies ini juga selalunya akan terbang dalam kawanan besar.

 

Burung-burung ini bersifat nomad. Mereka hanya mencari makanan dan apabila mereka jumpa sesuatu yang mereka suka, mereka akan berhenti di situ,” katanya kepada NCA News Wire.

Spesies ini kemudiannya akan makan kesemua makanan tersebut dan setelah selesai, mereka akan terbang ke destinasi seterusnya. Jadi, menurutnya, kejadian tersebut sebenarnya memang normal. 

Setelah mengamati video terbabit, pakar itu juga berpendapat mungkin ada sejenis ulat di kawasan tersebut yang menarik perhatian haiwan tu sebab nampak macam burung-burung ini sedang makan sesuatu di halaman rumah penduduk.

Harapnya tak ada lah burung yang terses@t masuk dalam rumah penduduk. 

Sumber: Daily StarTikTok 

Via LM

Be the first to comment on "[VIDEO] Penduduk Berkurung Lepas Bandar Di Australia ‘Diser@ng’ Burung Kakak Tua Putih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*