“Ambillah Mad.. Aku ingat lagi kan kau, aku ingat cucu yang aku beIa dulu.”

Kasih sayang seorang nenek terhadap cucunya memang tiada penghujung. Kalau masih ada lagi nenek pasti dapat merasai perhatian yang diberikan olehnya seperti masak makanan yang kita mahukan atau memberi kita duit belanja.

T0kwan bagi duit belanja.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Official_senyumss di akaun TikT0k, kelihatan neneknya memberi duit belanja kepada cucu kesayangannya. Perkara itu seolah-olah sudah menjadi rutin neneknya yang selalu memberikan duit kepada cucunya.

Walau bagaimanpun, Tokwannya telah memberikan duit sebanyak RM10 kepadanya, namun selepas itu wanita berkenaan menghulurkan lagi duit RM50.

Dalam pada itu, Tokwannya sempat berselor0h mengatakan yang jika cucunya tidak mahu duit berkenaan dia akan mengambilnya semula. Tetapi momen berkenaan bertukar menjadi sebak apabila Tokwannya mengatakan bahawa dia masih ingat lagi cucunya yang dijaga sejak kecil lagi.

Ambillah Mad. Aku ingat lagi kan kau, aku ingat cucu yang aku bela dulu.

Video yang berdurasi 19 saat itu telah meraih sebanyak lebih dua juta tontonan dan lebih lapan ribu k0men daripada netizen.

‘Aku nak men@ngis tapi aku tahan..’

‘Kenapa tiba-tiba mata masuk habuk ni’

Menjengah ke ruangan k0men, rata-rata warganet sebak melihat video berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang berkongsi pengalaman bersama nenek mereka.

Sumber : official_senyumss

Be the first to comment on "“Ambillah Mad.. Aku ingat lagi kan kau, aku ingat cucu yang aku beIa dulu.”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*