[VIDEO] Hidang air ketika tetamu datang, wanita cerita awal perkenalan dengan suami.

Sudah menjadi kebiasaan sebelum pand3mik apabila tetamu bertandang ke rumah, ibu-ibu akan meminta anak dara mereka untuk menyediakan dan menghidangkan minuman.

Hidang air ketika tetamu datang.

Namun siapa sangka, ketika menatang dulang minuman ke ruang tamu, ada mata yang memerhati.

Hal ini dikongsikan oleh seorang wanita berusia 20 tahun di apIikasi TikTok yang menggunakan nama akaun @sofiarosess apabila ada warganet bertanya perihal detik pertama kali berkenalan dengan suami.

Suami tak give up walau kena rej3ct.

Menerusi kapsyen lagi, dia memaklumkan pertemuan pertama itu membuatkan suaminya meminta izin untuk berkenalan dengannya melalui ibu bapa.

Walaupun pada awalnya @sofiarosess agak keberatan dan beberapa kali pelawaan untuk berkenalan dit0lak, akhirnya dia menerima lelaki tersebut melihat daripada kesungguhannya.

Pada Jun 2020, dia terbuka hati menerima lelaki itu dalam hidupnya dan pada September pula mereka rasmi bertunang.

Selepas lapan bulan bergelar tunangan, mereka akhirnya disatukan pada Mei 2021 dan kini bahagia hidup bersama.

Tips utama kena ingat ni.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata mengambil ‘pengajaran’ dengan berniat mahu rajin menghidangkan air buat tetamu pada masa akan datang jika mahu bertemu jodoh juga.

Mereka juga sempat berseloroh dengan memaklumkan kaum lelaki turut perlu direj3ct sebanyak dua kali sebelum diterima.

Apa-apa pun selamat melayari alam perkahwinan dan semoga bahagia hingga ke akhirnya!

Sumber: TikTok @sofiarosess

Via omm

Be the first to comment on "[VIDEO] Hidang air ketika tetamu datang, wanita cerita awal perkenalan dengan suami."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*