[VIDEO] Anak Hadiahkan Jambangan Bunga Duit RM 2000 Untuk Ayah Sempena BIRTHDAY!

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan setiap kali hari lahir, pasti ramai yang akan memberi hadiah untuk insan tersayang. Sama seperti perkongsian seorang wanita di TikT0k di mana dia menghadiahkan jambangan bunga duit gerg@si buat ayah tercintanya.

JAMBANGAN BUNGA DUIT BERNILAI RM2000 UNTUK AYAH.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Sheyra Edy, dia berkongsi m0men gembira dan seb@k sewaktu memberi jambangan bunga duit gerg4si buat ulang tahun kelahiran ayah tercinta.

Menurut wanita itu, dia telah membuat tempahan jambangan bunga bernilai RM2,000 tersebut dua minggu sebelum tiba hari yang dinanti-nantikan. Jambangan bunga tersebut juga terpksa dibawa menaiki lori kerana terlalu besar.

Setibanya di rumah, jelas kelihatan air muka ayahnya sedih dek kerana terharu menerima jambangan bunga tersebut. Sheyra juga mendoakan agar ayahnya dipanjangkan umur dan mahu memberi kebahagiaan sepenuhnya sementara masih ada.

“Harap bapak panjang umur selalu. Nak bahagiakan bapak sementara masih ada,” tulisnya.

“ALHAMDULILLAH, ANAK YANG BAIK…”

Video berdurasi 47 saat itu menerima 18,000 tontonan dan k0men daripada warganet yang memuji tindakannya selain turut mendoakan agar sentiasa murah rezeki. Kasih ibu dan ayah dibawa hingga ke syurga.

Via ohbulan

Be the first to comment on "[VIDEO] Anak Hadiahkan Jambangan Bunga Duit RM 2000 Untuk Ayah Sempena BIRTHDAY!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*