[VIDEO] Wanita Berdekah TARlK Duit Jutaria Dari Kek, “Boleh Beli Rumah Dengan Hotel…”

Trend meletakkan duit di dalam kek hari jadi sudah menjadi satu ikutan ramai dalam memberikan kejuutan kepada yang tersayang. Namun lain pula yang berIaku pada wanita ini apabila duit permainan Jutaria pula yang diletakkan di dalam kek hari jadinya ini yang turut membuatnya berdekah melihatnya.

Berbeza dengan yang biasa, wanita ini menerima duit permainan Jutaria itu bersama-sama beberapa wang Ringgit Malaysia yang sebenar. Video dikongsikan tersebut juga tuIar apabila ianya meraih hampir sejuta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu dilihat sedang meraikan hari jadinya dan bersedia untuk menarik kejvtan yang dimasukkan di dalam kek itu. Dia kemudiannya menarik wang yang disimpan di dalam kek itu dan dapat dilihat beberapa duit kertas yang ditarik.

Namun tidak lama kemudian, muncul pula duit permainan Jutaria yang disambung selepas itu sekaligus membuatkan wanita itu berdekah melihatnya. Malah hampir keseluruhan duit yang ditariknya itu adalah duit permainan Jutaria dan bukannya duit sebenar.

Rupa-rupanya hanya duit bernilai RM15 sahaja yang diberikan pada awalnya manakala yang selebihnya adalah duit permainan tersebut. Melihatkan kejutan yang diberikan, wanita itu dilihat tidak dapat berhenti ketawa semasa menarik duit yang dimasukkan di dalam kek itu.

Di ruangan k0men, netizen turut sama berdekah melihat kejuutan yang diberikan pada wanita ini. Ada yang berseloroh meminta wanita itu untuk tidak membuang duit itu memandangkan dia boleh membeli rumah dan hotel dengannya.

“Jutaria pun boleh. Jangan lupa labur okay.”

Sumber HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] Wanita Berdekah TARlK Duit Jutaria Dari Kek, “Boleh Beli Rumah Dengan Hotel…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*