[VIDEO] Dah beli baju nikah, lelaki ‘br0ken’ tak jadi kahwin – “Dia cinta pertama saya”

Dalam menjalani kehidupan ini, manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan menentukan segala-galanya. Sekiranya perkara yang diharapkan tidak berlaku, anggap sahaja tiada rezeki dan ada hikmah tersendiri.

Bagi Iqbal Baharom, dia reda apabila hasrat ingin mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya tidak kesampaian walaupun telah meIakukan pelbagai persiapan menuju hari bahagia.

Menerusi perkongsian video di platf0rm TikT0k miliknya, lelaki berusia 32 tahun itu memuat naik foto sijil kursus kahwin yang dihadiri tahun lalu selain persalinan nikah berwarna putih sedondon bersama pasangan.

Perancangan manusia itu usaha, perancangan Allah itu takdir.

“Jangan kita bersangka bur0k pada Allah. Dia sebaik2 perancang,” tulisnya ringkas.

Malah di akhir video berdurasi 23 saat itu, dapat dilihat Iqbal tidak dapat men4han seb4k apabila menangis mengenangkan kepahitan terpksa dilaluinya apatah lagi cinta pertama yang pasti bukan mudah untuk dilupakan.

Sementara itu, dia mengakui bekas tunangnya itu merupakan insan yang baik. Namun berpendapat mungkin dirinya terdapat kekhilafan atau kurang sempurna untuk bergelar isteri kepada wanita tersebut.

“Saya akan usaha jadi yang terbaik”

Video berkenaan menerima hampir 283,000 tontonan dan lebih 2,200 komen warganet yang turut bersed!h dan bersimpati dengan dugaan men!mpa lelaki berasal dari Johor Bahru itu.

Tidak kurang ada juga lndividu menitipkan kata-kata semangat kepada Iqbal supaya terus bersabar dan mendoakan dia dipertemukan jodoh lebih baik pada masa akan datang.

Bukan senang nak melupakan

Via omm

Be the first to comment on "[VIDEO] Dah beli baju nikah, lelaki ‘br0ken’ tak jadi kahwin – “Dia cinta pertama saya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*