“Emak ada cakap Abam datang lawat” – Ali dedah apa yg Abam cakap kat mak

GOMBAK – “Alhamdulillah, emak pergi pada penghulu segala hari dan segala urusannya lancar sejak men!nggal dunia malam tadi sehingga selama dikebvmikan.”

Itu luahan kesyukuran pelawak, Ali Puteh selepas pengebuumian allahyalrham ibunya, Sabariah Arshad, 64, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di sini hari ini.

Malah Ali berkata, ibunya sebelum ini selalu menyatakan hasrat untuk ‘bertemu’ dengan arw4h abangnya, arw4h Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.

Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, sejak pemergian Abam pada 10 Februari tahun lalu, ibunya sering meluahkan rasa rindu dengan Abam Bocey yang juga anak sulungnya itu.

“Cita-cita emak hendak jumpa abang tercapai, itulah cita-cita yang hari-hari dia cakap, emak rindu abang, hari ini dia pergi selama-lamanya dan saya reda setiap manusia yang hidup akan m4ti,” katanya.

Ali Puteh menyiram air dipusara jen4zah ibunya, Allahy4rhamah Sabariah Arshad di Tanah Perkubuuran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 OKTOBER 2021.
Beliau ditemui MalaysiaGazette selepas selesai majlis pengebuumian ibunya di Tanah Perkubuuran Islam Kampung Sungai Pusu di sini kira-kira jam12 tengahari ini.

Terdahulu, jen4zah tiba di Masjid BT8 jam 9.00 pagi untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.

Sabariah menghembuskan nafas terakhir ak!bat ser4ngan asma dan k0mplikasi pelbagai peny4kit di H0spital Selayang, di sini, jam11.54 malam tadi.

Pada Disember tahun lalu, arw4h pernah dimasukkan ke H0spital Selayang kerana serangan asma hingga terpksa ditidurkan dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

Arw4h men!nggalkan empat orang anak.

Sementara itu, Abam men!nggal dunia dalam tidur di kediamannya di Gombak dipercayai akibat dem@m panas pada 10 Februari 2020.

Ali Puteh mengaminkan doa sejurus selesai menguruskan jen4zah ibunya, Allahyrhamah Sabariah Arshad di Tanah Perkvburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 OKTOBER 2021.
Mengulas lanjut, Ali memberitahu, sehari sebelum arw4h masuk h0spital pagi Selasa lalu, Sabariah memberitahu Abam telah datang ‘melawatnya’ di rumah untuk membawanya pergi bersama.

Namun Ali hanya mampu memel0knya ibu dan menasihati agar ibunya tidak bercakap perkara yang pelik sebaliknya banyak berehat.

Ujarnya lagi, pada jam 3 pagi, Sabariah mengadu sesak naf@s dan terus dihantar ke H0spital Selayang sebelum ibunya ditidurkan pada jam 10 pagi ak!bat paru-paru dimasuki banyak air.

“Malam Isnin lalu dia panggil saya ke bilik, saya tanya emak nak cakap apa? Kalau yang cakap bukan-bukan saya tak nak dengar.

“Mak nak cakap betul-betul ini dan dia pel0k saya, mak sayang angah tapi mak betul-betul dah nak pergi dah. Tapi ketika itu emak tidak ada tanda-tanda s4kit pun.

“Abang kau dah banyak kali ‘datang’ ke bilik emak, panggil emak ini. Saya kata, emak jangan merepek macam ni dan emak rehatlah tapi dia tetap cakap, abang sudah panggil dia, saya pel0k dia.

“jam 3 pagi Selasa dia sesak nafas saya bawa ke h0spital. Esok jam10 pagi d0ktor terpksa tidurkan sebab paru-paru emak banyak air dan saya cuma datang semula untuk menuntut jen4zah malam tadi selepas tiga hari,” ceritanya penuh sebak.

Ali menambah, dia reda dengan ketentuan Allah SWT apabila hil4ng tiga insan tersayang termasuk anaknya dalam setahun sembilan bulan lalu.

Sumber – MalaysiaGazette via trendingsangat

Be the first to comment on "“Emak ada cakap Abam datang lawat” – Ali dedah apa yg Abam cakap kat mak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*