[VIDEO] “Anak soIeh next LeveI ni” – Ibu ‘Sp0rting’ Ikut Anak Lepak Dengan Member Dekat Mamak.

Siapa kat sini suka Iepak mamak dengan kawan-kawan? Jarang kita lihat orang lepak mamak, duduk satu meja dan semuanya senyap sunyi je, kan?

Melalui video yang baru tuIar di Tiktok pengguna @jiemrv, pemuda ini dilihat sedang meIepak di kedai mamak beramai-ramai. Menariknya, pemuda itu membawa ibunya sekali untuk duduk semeja dengan kawan-kawannya. Amboi… semp0inya makcik ni!

Mungkin sebelum ini kita pernah dengar lelaki membawa pasangan mereka untuk lepak di mamak bersama kawan-kawan, tetapi yang datang bawa ibu ni memang jarang-jarang berlaku. Rare betul abang ni.

Lebih menghiburkan, ibu kepada lelaki ini nampaknya begitu berselera menikmati makanannya, manakala rakan-rakan pemuda itu sedang ralit bermain g@me dengan senyap.

Jarang sebenarnya kita lihat lelaki tak banyak cakap ketika bermain permainan video di mamak. Biasanya kalau dah main g@me ramai-ramai tu, mesti riuh rendah punya!

Namun kali ini, mungkin untuk menghormati ibu pemuda tersebut, meja itu sampai jadi sunyi.

Rata-rata netizen di bahagian komen memuji lelaki tersebut sebagai anak soleh dan anak syurga. Ada juga yang terhibur dengan ibu pemuda itu yang begitu sporting untuk ikut anaknya lepak di mamak.

Lebih menarik, ada yang ‘bahan’ kawan-kawan lelaki itu, mengatakan yang mereka tidak boleh berkata-kata kesat jika kalah dalam game yang sedang dimain. Bagus member dia ni, semuanya pandai ‘behave’.

Haa… korang tak nak ke cuba bawa ibu korang lepak mamak lepas ni?

Sumber LM

Be the first to comment on "[VIDEO] “Anak soIeh next LeveI ni” – Ibu ‘Sp0rting’ Ikut Anak Lepak Dengan Member Dekat Mamak."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*