Penampilan Saja Perempuan Tapi Naluri, N@fsu Saya Masih Lelaki.

Pasir Mas: “Naluri dan n4fsu saya masih lelaki tetapi hanya penampilan saja ke arah perempuan terutama daripada segi pemakaian,” kata individu hanya mahu dikenali sebagai Abe Pink, 35.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penampilannya yang berambut panjang dan bers0lek ketika majlis sambutan ulang tahun perkahwinan bersama pasangannya, Yana, 29, yang bertemakan majlis persandingan.

Bapa empat anak itu berkata, berpenampilan feminin itu sebenarnya sudah menjadi minatnya sejak dulu lagi.

“Saya mula perlahan-lahan tonjolkan diri yang sebenar selepas berhenti berkhidmat sebagai penjawat awam selama 12 tahun pada 2015 lalu.

“Naluri dan nafsv saya masih lelaki tetapi hanya penampilan saja yang ke arah perempuan terutama dari segi pemakaian manakala bersolek pula hanya jika ada majlis,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Terdahulu, perkongsian sambutan ulang tahun perkahwinan pasangan berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu di TikT0k mendapat perhatian ramai sehingga ditonton lebih 3.3 juta kali setakat ini.

Mengulas lanjut, Abe Pink berkata, dia tidak terkej0t dengan perkongsiannya tuIar baru-baru ini disebabkan penampilannya yang menyerupai wanita.

“Tahun lalu pernah viraI mengenai minat saya suka pakai baju wanita dan terima banyak kec4man. Jadi, kali ini saya lebih tenang dan anggap ia perkara biasa. Saya terima saja semua pendapat netizen sama ada positif atau neg4tif terutama bab huk0m agama,” katanya.

Ditanya mengenai penerimaan isterinya, Abe Pink berkata, dia berterima kasih dengan Yana kerana memahami minatnya itu.

“Saya boleh katakan isteri saya ini seperti satu dalam sejuta, dia tidak menyok0ng sepenuhnya kecenderungan saya itu tetapi sentiasa berada di sisi sama ada susah mahupun senang.

“Dia tahu diri saya kini dalam keadaan yang suk@r dan jika isteri pilih tinggalkan mungkin saya akan menyimpang lebih jauh lagi,” katanya.

Sementara itu, Yana berkata, dia menerima penampilan suaminya itu dan berharap warganet dapat mendoakan perubahannya.

“Awalnya tidak boleh terima, tetapi memikirkan dia adalah suami saya jadi perlahan-lahan biasakan diri.

“Lagipun dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami kepada saya dan anak-anak. Manusia boleh berubah kerana itu saya sebagai isteri hanya bersabar dan tidak pernah putus berdoa,” katanya.

Diminta mengulas mengenai sambutan berkenaan, Abe Pink berkata, pemilihan majlis persandingan lengkap dengan busana pengantin dan pelamin pada ulang tahun perkahwinan ketujuh bersama isterinya itu sebenarnya hanya kebetulan.

“Sepatutnya 8 Februari lalu hari ulang tahun kami tetapi tidak dapat meraikannya disebabkan wab4k C0vid-19.

“Kebetulan Isnin lalu ada penggambaran untuk pr0duk saya jadi alang-alang itu saya buat majlis kecil-kecilan sambut sekali hari ulang tahun kami bersama kenalan lain,” katanya yang juga pengasas pr0duk makanan tambahan, Hommes Beauty.

Be the first to comment on "Penampilan Saja Perempuan Tapi Naluri, N@fsu Saya Masih Lelaki."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*