Perlu kemas kini mulai 1 Januari. Ini kateg0ri yang akan dapat bantuan dari RM 1800 ke RM 2500

Sejak pembentangan Belanjawan 2022 pada bulan lalu, mesti ramai yang masih keliru atau tertanya-tanya mengenai inti pati dalam pembentangan tersebut, terutama mengenai bantuan baharu yang diperkenalkan. Adakah ia berbeza daripada bantuan-bantuan yang terdahulu?

Jangan keIiru kerana bantuan yang diberikan oleh ker4jaan ini hampir sama dengan bantuan terdahulu, namun ia telah ditambah baik dengan jumlah bantuan yang lebih tinggi. Menerapkan semangat ‘Keluarga Malaysia’, ker4jaan melalui Kemnterian Kewangan telah menyediakan bantuan yang akan memberi manfaat kepada semua r4kyat Malaysia yang terjejas ak!bat pandemik.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi pembentangan Bajet pada 29 Oktober lalu, mengumumkan sejumlah RM 8.2 bilion diperuntukkan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang bakal memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima.
Bagi yang masih tertanya-tanya, meh luangkan masa sekejap untuk baca dan faham mengenai BKM ini, terutamanya mengenai jumlah bayaran dan cara semak status pembayaran.

Apa itu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Untuk pengetahuan anda, BKM merupakan bantuan tunai langsung yang menggantikan Bantuan Prihatin R4kyat (BPR), dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan diberikan lebih tumpuan. Menariknya, pembaharuan yang diterapkan di dalam BKM telah mengambil kira cadangan yang diterima daripada orang ramai melalui penerbitan Kertas K0nsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan r4kyat.

Kateg0ri dan jumlah bayaran BKM

Menerusi BKM, isi rumah termasuk ibu tunggal dan warga emas yang terkesan turut mendapat manfaat. Jumlah pemberian BKM ini meningkat berbanding RM1,800 iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.

Kategori : Isi rumah

1. Pendapatan isi rumah bawah RM2,500

Tiada anak: akan menerima RM1,000

Ada satu hingga dua orang anak: akan mendapat RM1,500

Ada tiga anak atau lebih: akan mendapat sebanyak RM2,000

2. Pendapatan isi rumah atas RM2,500

Tiada anak: akan mendapat RM400

Ada satu hingga dua anak: akan mendapat RM600

Ada tiga atau lebih anak: akan mendapat RM800

3. Ibu bapa tunggal yang ada anak tanggungan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000

Akan mendapat RM500

4. Warga emas yang mempunyai pendapatan RM5,000 dan ke bawah

Isi rumah: akan mendapat RM300

Bujang/ tiada pasangan: akan mendapat RM600

Kategori: Bujang
Bujang yang berpendapatan RM2,500 ke bawah

Akan mendapat RM350

Perlu ke buat permohonan baharu?

Tidak perlu bersusah payah membuat permohonan baharu kerana data penerima Bantuan Prihatin R4kyat (BPR) 2021, penerima Bantuan Khas C0VID-19 (BKC) dan pemohon BPR yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin (GKP) juga akan dimasukkan secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disahkan kelayakan.
Namun, permohonan baharu bagi BKM perlu dibuat jika anda tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM.
Penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat pula perlu melakukan kemas kini dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu dari 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (1 bulan). Bagaimanapun, tarikh itu tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa yang akan diumumkan kelak.

Tarikh pembayaran

Setakat ini, tarikh pembayaran BKM tidak dimaklumkan lagi, bayaran akan dilakukan 4 kali setahun. Anda boleh menyemak status permohonan di laman web yang akan dilancarkan oleh Kemnterian Kewangan kelak.

Kaedah bayaran BKM

Sama seperti kaedah pembayaran bantuan-bantuan sebelum ini, penerima akan menerima wang menerusi dua cara iaitu:
Ada akaun bank
Berjaya kredit

Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM

Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR/BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat

GagaI Kredit (Akaun tidak aktif dan akaun tutup)

Perlu lakukan tuntutan tunai di Cawangan BSN

Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/kemas kini BKM

Tiada akaun bank

Perlu lakukan tuntutan tunai di Cawangan BSN

Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemas kini BKM

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Kemnterian Kewangan Malaysia. Selain itu, anda juga boleh mengikuti Facebook, Instagram dan Twitter Kemnterian Kewangan untuk mendapatkan info-info terkini mengenai bantuan-bantuan yang diberikan oleh ker4jaan.

Kredit:siakapkeli.

Via trendingsangat

Be the first to comment on "Perlu kemas kini mulai 1 Januari. Ini kateg0ri yang akan dapat bantuan dari RM 1800 ke RM 2500"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*