[VIDEO] Gadis Beri Alasan Sertai Tentera Kerana Mahu Bekas Kekasih MenyesaI, Mejar Jeneral Tergelak Mendengarnya.

Seorang wanita yang juga pelatih askar menjadi tular disebabkan pengakuannya tentang tujuannya menyertai angkatan tentera.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, wanita pelatih Korps Wanita Angkatan Darat, Tentera Nasional Indonesia (TNI) itu dilihat sedang berbaris ketika mereka sedang menjalani satu sesi latihan.

Wanita itu kemudiannya dihampiri oleh seorang komander yang dikenali sebgai Mejar Jeneral Hassanudin yang bertanyakan dengan nada suara yang tegas sebab kenapa dia mahu menyertai tentera.

“Mengapa kamu masuk tentera?” tanya Mejar berkenaan.

“Kerana di sebalik kejayaan, ada seorang bekas kekasih yang menyesal,” wanita itu menjawab pertanyaan itu dengan bersahaja.

Mungkin jawapan itu langsung tidak terfikirkan olehnya, Mejar berkenaan yang pada mulanya menyoal dengan nada tegas tidak dapat menahan diri daripada tergelak selepas mendengar jawapan dari mulut wanita tersebut.

Video itu dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter dan pantas menjadi tular kerana ramai warganet yang menyukai jawapan yang diberikan pelatih askar wanita itu.

“Mantap. Inilah yang dikatakan pantang menyerah, semangatnya luar biasa sekali,” kata seorang pengguna.

“Menusuk ke dalam hati bekas kekasih,” – kata seorang lagi netizen.

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Gadis Beri Alasan Sertai Tentera Kerana Mahu Bekas Kekasih MenyesaI, Mejar Jeneral Tergelak Mendengarnya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*