”Pakaikan Emas Sebab Dengar Boleh Elak Kerap SAKlT” – Ibu Terkjut Nak Rebah Dapat Tahu Anak Tertelan Emas Dalam Perut

Seorang wanita yang juga seorang ibu dikenali sebagai Amiza Rahmat berkongsikan satu kisah yang boleh membuka mata dan dijadikan pengajaran buat ibu bapa yang lain.

Kisahnya, si ibu ini pernah dengar dan percaya kata-kata orang yang mengatakan memakai emas boleh elakkan dari serap sakit. Oleh itu wanita ini pun memakaikan gelang emas pada anaknya yang merupakan anak istimewa.

Jom baca perkongsian wanita ini:

Bismillahirrahmanirrahim. Mummy simpan sini sebagai pengajaran untuk mummy & mummy lain kat luar sana.

Semua tau yang Humaira Farisha is a speciaI baby. Mummy bagi pakai kat tangan kiri sebab tangan kiri adik tak bergerak & selalu genggam je.

Ini salah satu ikhtiar mummy, sebab mummy pernah terbaca yang pakaikan emas boleh elak dari kerap sakit.

Harini before mummy pergi work, adik okay & banyak bebel. Mummy hantar adik pergi rumah neni mcm biasa. Jam lebih kurang 9.10 pagi, neni call mummy.

Suara neni cemas & panik sambil bagitau yang adik dah tertelan emas. Mummy pon dengar suara adik nangis masa neni call. Allahu masa tu hati mummy macam nak gugur.

Mummy terus tinggalkan discussion dengan HR & supervisor untuk balik tengok adik. Sampai rumah neni bagitau adik dah muntah yang bulat tu tapi handbag tak jumpa.

So, mummy buat keputusan untuk bawa adik ke klinik untuk X-ray & mintak neni sambung cari dekat rumah.

Sampai dekat klinik, kita daftar & jumpa doktor dulu. Doktor bagi surat untuk buat X-ray. Masa tunggu result X-ray mummy sentiasa doa semoga adik tak telan charms tu.

Apakan daya masa result X-ray keluar mummy terkjut rasa nak rebah tengok charms handbag tu dah dalam perut adik.

Mummy pelik adik erat-erat sambil air mata mummy mengalir. Allah je tau masa tu hati mummy macam mana.

Lepas tengok result doktor klinik refer adik ke Hospital Selayang untuk jumpa pakar. Dalam perjalanan mummy pegang adik kuat-kuat sambil hati ni memberontak salahkan diri sendiri.

Sampai hospital doktor masukkan adik kat bahagian Kecemasan zon kuning. Alhamdulillah doktor kata charms tu dah masuk dalam perut bukan saluran penafasan.

Adik pon nampak ok je & doktor kata adik boleh discharge dengan bekalan ubat untuk keluarkan charms tu. Buat masa 4-5 hari mummy kena pantau adik.

Nampak macam takda pape tapi sangat bahaya kalau charms tu masuk dekat saluran pernafasan. So, ni pengajaran & situasi yang mummy takkan lupakan.

Semoga tak jadi lagi. Humaira Farisha kuat!

Diharapkan semoga kisah ini boleh menjadi pengajaran buat kita semua.

Sumber: Amiza Rahmat

Be the first to comment on "”Pakaikan Emas Sebab Dengar Boleh Elak Kerap SAKlT” – Ibu Terkjut Nak Rebah Dapat Tahu Anak Tertelan Emas Dalam Perut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*