JDT ditertawakan, TMJ tenang baIas – “Saya masih ada wang, 18 piala..”

Kehangatan bagi meraikan kemenangan pasukan Kuala Lumpur City (KL City) yang menggenggam tr0fi Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) malam tadi masih dirasai sehingga kini.

Jika diperhatikan menerusi media sos!al, segelintir warganet rancak melakukan ‘troll’ atau mengutuk terhadap pasukan JDT yang dimiliki oleh pemilik kelab iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi lap0ran Kosmo! Online, seorang pengguna laman Twitter @khairizulfadhli berjaya mencuuri tumpuan TMJ selepas berkongsi ciapan mentertawakan kekalahan pasukan JDT.

“Takde apa, nak gelak je”

Bagaimanapun, baginda sempat membalas ciapan pengguna tersebut dengan penuh ketenangan selain meluahkan rasa syukur memiliki kehidupan penuh bahagia bersama ahli keluarga.

“Encik, esok pagi saya masih Tunku Mahkota Johor, masih mempunyai wang, 18 piala dalam masa lapan tahun.
“Allah kurniakan saya dengan empat orang anak dan isteri, anda boleh ketawa hari ini/sementara tetapi saya ketawa pada hari-hari berikutnya. Saya bersyukur/diberkati,” tulis TMJ.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi berhubung isu tersebut serta pandangan terhadap kualiti bola sepak tempatan.

Terdahulu, skuad The City Boys di bawah bimbingan jurulatih Bojan Hodak melakar kemenangan 2-0 dalam @ksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil setelah menanti selama 32 tahun.

Sumber: Kosmo! Online , Twitter @khairizulfadhli

Via omm

Be the first to comment on "JDT ditertawakan, TMJ tenang baIas – “Saya masih ada wang, 18 piala..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*