[VIDEO] Lambat Ambil Adik Di Sekolah, Reaksi Adik Pula Bikin Gelak Besar

Biasanya setiap kali balik dari sekolah, tentunya kita akan berasa penat dan lapar selepas seharian belajar di sekolah. Baru-baru ini pula, video lelaki ini meraih perhatian apabila dia terlambat mengambil adiknya di sekolah sehingga mengundang kemarahan dari si adik.

Bukan itu sahaja, reaksi si adik yang terus meIemparkan beg sekolah kepada abangnya ini turut membuatkan netizen berdekah melihatnya. Malah video itu juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih sejuta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu memberitahu dia telah terlambat datang untuk mengambil adiknya di sekolah. Dia kemudiannya merakamkan gelagat si adik yang menuju ke keretanya sebaik sahaja dijemput.

Mungkin dek kerana terlalu lama menunggu, si adik turut kelihatan marah dan tidak berpuas hati melihatkan abangnya yang masih sempat merakamkan gelagatnya ini. Lebih melucukan, si adik kemudian melemparkan beg sekolahnya sebaik sahaja pintu kereta dibuka.

Malah lelaki itu turut terpinga-pinga dan terkejut apabila melihat reaksi spontan dari adiknya itu. Melihatkan gelagat selamba adiknya ini, netizen turut berseloroh mereka juga turut sama dapat memahami perasaan yang dialaminya itu.

Di ruangan k0men, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat reaksi spontan dari adiknya itu. Malah ada yang turut terhibur melihat reaksi lelaki itu yang tidak semena-mena menjadi mngsa dalam situ4si ini.

“Bukan nak cakap apa lah, bila lambat ambik tu satu kesalahan berat…”

Sumber HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] Lambat Ambil Adik Di Sekolah, Reaksi Adik Pula Bikin Gelak Besar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*