Ini Kata-Kata Dari Pengantin Permpuan Lepas Tular Abang Ini Kahwin Dua Srentak.

Maksud perkahwinan ialah akad yang menghaIalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.  Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetub0han dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya.

Perkahwinan merupakan satu majlis yang ditunggu-tunggu oleh semua pasangan yang sedang hangat bercinta terutamanya bagi kaum lelaki yang telah mendambakan wanita idamannya.

Perkahwinan dengan pasangan pilihan hati sudah cukup mengembirakan, namun jika berkahwin dengan dua wanita serentak dalam satu masa itu boleh dipanggil sebagai rezeki berganda..

Dua Hati Satu Cinta.

Menerusi satu hantaran di Facebook oleh Mohamad Muhidin, beliau berkongsi beberapa keping gambar memaparkan detik-detik bersejarah buat ketiga-tiga mempelai itu.

“Dua hati satu cinta, Sieytha Rieytha dan Jafarrudin Morni dan Mazlinah Tahaau. Akhir kata dari saya perghh perghh,” tulis jurugambar tersebut di Facebooknya.

Sementara itu, salah seorang daripada pasangan tersebut, Sieytha Rieytha berkata, dia meminta orang ramai mendoakan bahtera perkahwinan yang dibinanya.

“Bismillahirrahmannirrahim, Alhamdulillah.Doakan semoga kami bahagia kekal hingga ke Jannah.

“Naik pelamin dengan akak madu Mazlinah Tahaau. Semoga kita bahagia bersama suami tercinta Jafarrudin Morni, 2.12.2021 Khamis di Majma Mall Kuching, Sarawak,” tulisnya di Facebook.

Rata-rata orang ramai turut mendoakan kebahagaian kepada pasangan pengantin baharu tersebut.

“Bila isterinya rela dan terima tiada siapa boleh menidakkan walaupun berat hati smua orang niat, semoga bahagia hingga ke jannah, semoga si suami berlaku adil dan bert0lak ansur kelak, kita doakan,” kata Issya Irshad.

“Dah nama jodoh nak madah apa, perempuan yang sanggup bermadu macam cerita P. Ramlee juga sikit-sikit, ada yang kadang-kadang, yang lebih unik bila dah tahap kadang-kadang,” tulis Dawie Ckin.

Sementara itu, Bill Haqkim berkata, meminta orang ramai doa yang baik-baik sahaja kepada mereka, dan mendoakan mereka bahagia dan menjadi keluarga yang baik.

Sumber: Kosmo via onlinemalaya

Be the first to comment on "Ini Kata-Kata Dari Pengantin Permpuan Lepas Tular Abang Ini Kahwin Dua Srentak."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*