[VIDEO] Suami RlSAU berhari2 isteri tak sihat, terus tersenyum bila dapat hadiah iPhone!

Suami mana yang tidak susah hati apabila isteri jat0h s4kit, apatah lagi sekiranya hanya terbaring di atas katil. Dulu riuh dengan gelak ketawa, kini rasa suram pula di dalam rumah!

Tidak sanggup melihat situ4si seperti itu berterusan, seorang suami cuba menggembirakan hati isterinya dengan menghadiahkan sebuah iPhone dipercayai model terbaharu selepas wanita itu dikatakan kurang sihat.

Menerusi aplikasi TikT0k, wanita itu Syahamimi Shahri terharu dengan tindakan suaminya dikenali sebagai Salman Adnan yang berusaha untuk kembalikan ‘m00d’ cerianya dengan memberikan kejutan berkenaan.

Terima kasih suamiku.!

Wanita berusia 25 tahun itu berkongsi semula video dirakam suaminya sehingga meraih lebih setengah juta tontonan dalam kalangan warganet.

“Tiga hari dah dia tak berapa sihat. Ajak bersiap pergi kIinik tapi tak larat katanya. Jadi kita pun tolong belikan ubat untuk dia.
“Sedih hati ni tiga hari tak nampak dia senyum. Terdetik hati nak beli hadiah yang dia suka, berharap dia sembuh macam biasa dan bahagia,” tulis suaminya dalam video tersebut.

Selepas menerima hadiah tersebut, Syahamimi yang juga seorang ‘infIuencer’ di media sosiaI dilihat terus tersenyum gembira sekali gus menghargai pemberian suaminya.

Meninjau ke ruangan k0men, rata-rata berseloroh dengan mengatakan mereka sudah mengetahui cara untuk merawat demam dengan cepat selain menyifatkan wanita itu bertuah memiliki suami yang prihatin.

Bagaimanapun, ada juga segelintir warganet yang membuat sindiran dengan mend4kwa kononnya semua itu hanya lakonan semata-mata.

Penjelasan mengenai tudung.

Sumber: TikTok @syahamimiezira

Via omm

Be the first to comment on "[VIDEO] Suami RlSAU berhari2 isteri tak sihat, terus tersenyum bila dapat hadiah iPhone!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*