[VIDEO] Bersanding ketika BANJlR, pengantin pasrah duduk atas peIamin dikelilingi air.

Banjir besar yang melanda beberapa kawasan di Malaysia membuatkan banyak perancangan yang telah diatur tergendala. Pastinya majlis-majlis perkahwinan di kawasan tersebut tidak dapat dilakukan kerana air naik begitu mendadak.

Ada juga yang terpaksa bersanding dalam banjir memandangkan air bah sudah masuk ke dalam rumah.

Sanding atas air.

HaI ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikT0k dikenali sebagai Syikin Asri apabila memuat naik momen pasangan pengantin yang terpaksa bersanding dipelamin yang bergenang dengan air.

Makan pun kaki terendam.

Dapat dilihat pasangan tersebut yang sedondon berbaju putih terp4ksa meredah air banjir untuk duduk di pelaminan selepas menyelesaikan akad nikah.

Tetamu juga tidak kelihatan dan jamuan hanya dihadiri oleh beberapa orang sahaja walaupun kanopi majlis sudah siap terpasang.

Baju sendiri takde masaIah redah banjir.

Dalam pada itu, ada juga yang khuatir pengantin merosakan baju pernikahan disebabkan berendam di dalam air banjir terlalu lama. Namun, menerusi penjelasan daripada Syikin Asri, dia memaklumkan yang baju tersebut merupakan baju persendirian pengantin dan bukannya disewa.

Macam dekat sunway lagoon

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan TikTok pengguna itu.

Kebanyakkan mereka berasa simpati dengan nasib pasangan pengantin berkenaan dan ada juga yang berseloroh dengan mengatakan kondisi ini pasti akan kekal terpahat menjadi cerita untuk masa hadapan kelak.

Sumber: TikTok @asyikonnnnnnnnn

Via omm

Be the first to comment on "[VIDEO] Bersanding ketika BANJlR, pengantin pasrah duduk atas peIamin dikelilingi air."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*