[VIDEO] “Alhamdulillah, Anak Mama Bawa Tu4h..” Baru Berusla 2 Hari Lahir Ke Dunia,Ini Yang Terjadi Kepada Anak Kak KM.

Kak KM atau nama sebenarnya Nor Liana Binti Rosli baru sahaja melahirkan cahaya mata keempat perempuan di salah sebuah pusat rawatan sw4sta di Kuala Lumpur. Beliau memilih nama Cinta Carissa untuk bayi barunya yang dilahirkan secara normal dengan berat 3.80kg. Bayi yang dilahirkan pada hari ulangtahun perkahwinannya yang ke 18 ini dianggap sebagai tuah buatnya.

Terbaru beliau telah memuatnaik satu status yang mengejutkan dilaman instagramnya. Beliau mengatakan bahawa anaknya telah tumbuh gigi pada hari keduanya.

Video yang dikongsi meraih pelbagai reaksi dan k0men dari netizen. Ada yang menganggap ia sebagai tuah buat keluarga.

K0MEN NETIZEN:

Sumber : instagram kmfavourite.testimoni Via ROSE MERAH

Kak KM selamat melahirkan cahaya mata ke 4. Yang lebih buat kak KM teruja bila baby keluar pada tarikh hari ini.

Siapa yang tidak kenal dengan Kak KM atau Liana Rosli, anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri. Dia sering menjadi bualan hangat wargamaya berikutan gemar muncul dengan 4ksi dan kelakuan yang membuat orang ramai menggeleng kepala.

Sebut nama Kak KM pasti ramai yang mengenalinya. Nama sebenarnya Liana Rosli anak kepada pelakon terkenal Normah Damanhuri. Beliau merupakan seorang usahawan jamu yang terkenal dengan pelbagai jamu untuk lelaki dan wanita.

Beliau selamat melahirkan cahaya mata keempat pada harini. di salah sebuat hospital swasta Kuala Lumpur. Beliau memuatnaik status menunjukkan cahaya mata perempuanya yang diberi nama Cinta Carissa.

Sebelum ini Kak KM atau nama sebenar Liana Rosli pernah memberitahu ini merupakan anak terakhirnya kerana dia dan suami tidak lagi mempunyai perancangan untuk menambah zuriat lagi.Justeru itu, dia berharap anak yang bakal dilahirkan kelak memiliki minat yang sama sepertinya terutama dalam bidang perniagaan.

“Cukuplah tak mahu tambah lagi dah sebab doktor pun dah nasihat umur dah lebih 40 tahun tak sesuai mengandung lagi.

“Selepas lahir anak ni saya kena buat sesuatu, sebab saya ni jenis subur, cepat lekat… apa-apa pun anak last ini cukup istimewa kerana ia terhasil semasa saya jadi Kak KM, berbeza dengan anak sebelum ini saya adalah Liana Rosli.

Sebelum ini , menerusi Instagram, Kak KM berkongsi video dan gambar mengadakan majlis ‘gender reveal’ bersama keluarga di sebuah lokasi yang mendapat kritikan warganet kerana permakaiannya yang kurang sopan. Dalam video yang dikongsi itu, anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri ini mengumumkan dirinya hamil anak perempuan.

Sumber: Instagram@km_cintacarissa

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Tengah Sarat Hamil. Kak KM Tampil Dedah Beli Kereta Mewah Untuk Bawa Pergi Bersalin.

Usahawan kecantikan sensasi Liana Rosli atau lebih mesra dipanggil Kak KM meluahkan rasa bersyukur apabila sempat membeli sebuah kereta mewah bertujuan untuk pergi ke hospital bersalin. Menerusi laman sosial Instagram, Kak KM memuat naik sebuah video sedang meninjau kereta mewah berjenama Mercedes di sebuah ruang pertunjukan untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah, untuk pi beranak. Nak pegi sambut kehadiran #therealkm,” tulisnya di ruangan komen. Menerusi perkongsian berdurasi hampir satu minit itu, Kak KM merasai sendiri pengalaman duduk di tempat pemandu dan dia sekeluarga sangat tertarik untuk memiliki kereta mewah warna merah tersebut. Turut hadir sama meninjau kereta mewah tersebut adalah suami, anak perempuan serta kakaknya.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memuji kereta mewah pilihan Kak KM yang cantik dengan warna menyala tersebut adalah rezeki untuk bayi yang dikandungnya. Tidak kurang juga yang mendoakan agar urusan kelahiran anak keempatnya itu dipermudahkan. “Semoga kak KM selamat melahirkan dan dipermudahkan segala urusan,” komen seorang wargamaya. “Nak beranak kereta baru,” ujar seorang wargamaya. “Merah menyala, lawa sangat ni yang,” puji seorang wargamaya. “Alhamdulillah, tahniah kak KM,” kata seorang wargamaya.“Masyallah cantik sangat kereta ni. Rezeki baby baru, congrats,” tulis seorang wargamaya. “Syukur alhamdulillah, semoga kak KM selamat melahirkan dan dipermudahkan segala urusan,” doa seorang wargamaya. Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 22,000 tontonan daripada wargamaya. Terdahulu, Kak KM mengumumkan dia dah suami bakal menyambut kehadiran seorang lagi bayi perempuan. Pasangan itu sebelum ini dikurniakan seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.Sekadar info, Kak KM merupakan anak kepada dramatis veteran Normah Damanhuri dan kakak kepada model Ahya Rosli. Sumber : Gempak

Kak KM Ditegur Gara Gara Hiking Waktu Sarat Mengandung. Sekali Ada Satu Benda Yang Buat Warganet Bimbang.

Tindakan usahawan ko.ntroversi, Liana Rosli menyertai aktiviti mendaki bukit atau hiking ketika sedang sarat mengandung tujuh bulan mengundang pelbagai reaksi daripada warganet di laman sosial. Menyedari bahaya kepada diri dan kandungannya itu, Liana atau lebih mesra disapa Kak KM memberitahu dia mengikuti aktiviti lasak itu kerana ingin memenuhi permintaan anak-anak.

“Cerita sebenarnya, rancangan awal nak mendaki bukit dalam enam kilometer saja, jalan santai-santai… tapi tak sangka la pula tukar laluan 20 kilometer dan kena melalui laluan yang lebih mencabar. Jadi nak tak nak kena ikut sajalah sebab dah masuk laluan itu, kena habiskan la. Sebenarnya memang berbahaya untuk saya sampaikan coach (jurulatih) pun terkejut tak sangka saya mampu hiking sebab keadaan perut pun dah besar, tunggu masa nak beranak sahaja. Tapi sejujurnya bukan saya nak pergi sangat pun! Anak-anak yang nak pergi, takkan nak biarkan mereka pergi sendiri, jadi saya pun kena ada sekali. Lagi pun ada dalam 15 orang ahli keluarga lain yang menyertai hiking itu, mereka pun banyak membantu sepanjang meredah laluan mencabar itu,” katanya.

Sebelum itu, menerusi Facebook, Kak KM berkongsi video dia menyertai aktiviti hiking di sebuah bukit yang terletak di Ampang, Selangor, baru-baru ini. Perkongsiannya itu mengundang pelbagai komen daripada warganet dan rata-ratanya menegur tindakan Kak KM melakukan aktiviti lasak yang boleh mendatangkan b.ahaya kepada dirinya dan bayi dalam kandungan. Ada juga pengikut memberitahu kawasan hutan tidak selamat untuk ibu mengandung kerana turut didiami oleh makhluk halus.

Saya nak nasihatkan orang yang mengandung janganlah pergi hiking atau buat aktiviti lasak sebab sangat b.ahaya, lebih-lebih lagi kalau tak biasa! “Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja, tak ada apa-apa yang jadi. Hantu tu tak ada tapi manusia boleh jadi hantu… kita pun pergi dah siap doa dan ilmu di dada. Sejak remaja lagi saya memang selalu join hiking dan kerap masuk hutan, jadi kita tahu apa nak buat… bukan nak cakap besar, cuma dah biasa dalam hutan. Kalau kenal saya sebelum ini pun saya memang aktif menari, tak reti duduk diam… makan pula jamu itu agaknya kandungan kuat dan lasak sekali,” ujarnya.

Kak KM dah biasa aktiviti lasak dan aktif menari sebelum ini.

Dalam pada itu, anak kepada dramatis Normah Damanhuri ini menasihati ibu hamil lain supaya tidak mengikuti tindakannya itu kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan. “Tapi saya nak nasihatkan orang yang mengandung janganlah pergi hiking atau buat aktiviti lasak sebab sangat b.ahaya, lebih-lebih lagi kalau tak biasa. Orang sedang mengandung ni emosi pun tak stabil, badan berat dengan perut ke depan… memang senang penat! Apa-apa pun terima kasih kepada mereka yang mendoakan dan beri nasihat kepada saya,” katanya. Sumber: mstar via rs7

Be the first to comment on "[VIDEO] “Alhamdulillah, Anak Mama Bawa Tu4h..” Baru Berusla 2 Hari Lahir Ke Dunia,Ini Yang Terjadi Kepada Anak Kak KM."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*