[VIDEO] Wanita warga emas tiba2 Iari berkaki ayam dlm Iumpur tahan kenderaan dinaiki Azhan Rani.

KISAH mengenai nasib seorang wanita warga emas berIari berkaki ayam bagi mendapatkan bantuan daripada sukareIawan bnjir di Mentakab, Pahang mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

Seperti yang diceritakan pelakon Azhan Rani, 45, wanita berkenaan berIari menuju ke arah kumpulannya ketika mereka menjalankan misi bantuan b4njir di Kampung Batu Kapor Bawah 6 di Mentakab, Pahang.

“Saya nak kongsikan sikit satu peristiwa yang tak dapat dilupakan. Tempat ni agak jauh ke dalam sikit berbanding rumah lain yang juga alami ker0sakan teruk akibat banjir yang hampir sampai mencecah ke bumbung.

“Nampak makcik tudung biru ini berIari berkaki ayam tak hirau dah apa yang dia pijak.

Wanita warga emas tersebut datang berlari ke arah mereka untuk mendapatkan bantuan banjir.

“Masa ni saya baru nak alihkan kereta nak cari parking, mungkin dia ingat kami nak gerak pulang sebab memang dah tak nampak jalan ke rumah dia pun,” tulis Azhan di Instagram.

Tambah Azhan, dia sendiri merasa sayu tatkala melihat keadaan rumah wanita berkenaan yang musn4h akibat bnjir baru-baru ini.

“Rumah dia kat belakang lagi dari kawasan becak tu. Setakat semalam belum ada bantuan hadir. Rumah kayu dia hancur musnah rob0h akibat bnjir, dekat sangat dengan sungai belakang rumah dia.

“Tinggal bahagian depan rumah je yang masih tegak berdiri. Makcik redah air paras dada masa nak selamatkan diri haritu… tiada harta benda yang dapat diselamatkan.

Masuklah ke dalam lorong-lorong kampung, mereka tak ada kemampuan nak keluar cari pusat bantuan yang banyak terletak di tepi jalan besar ataupun di sebelah bandar.

“Apabila terfikir apa yang dia makan, macam mana dia tidur… memang boleh buatkan saya termenung. Betapa jijiknya kita kalau masih nak merungut tentang erti susah,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama Nur ini berharap agar lebih ramai sukarelawan masuk ke kawasan pedalaman seperti itu untuk menyalurkan bantuan.

“Tak banyak yang saya dan team mampu bantu, tapi hari ini dan hari seterusnya saya harap makin banyak bantuan akan hadir untuk mereka di sana.

“Masuklah ke dalam lorong-lorong kampung, mereka tak ada kemampuan nak keluar cari pusat bantuan yang banyak terletak di tepi jalan besar ataupun di sebelah bandar.

Azhan dan kumpulannya menyerahkan bantuan b4njir kepada penduduk di sekitar Kampung Batu Kapor.

“Mereka tiada masa dan tak kuasa dipeningkan dengan kerenah nak mengisi borang, buat permohonan tunggu kelulusan dan sebagainya,” ujarnya.

Meninjau pada ruangan k0men perkongsian Azhan, rakan selebriti dan netizen akui sebak mengenangkan nasib wanita berkenaan.

“Alhamdulillah Allah hantar team kalian untuk mereka, hanya Allah yang dapat membalas pada kalian semua.

“Apabila kita menolong orang susah atau di dalam kesusahan, baru kita kenal erti bersyukur. Terima kasih abang @azhan_rani & team banyak menolong mngsa banjir yang sangat memerlukan.

“Semoga tuan dan seluruh team dapat keberkatan dalam usaha ini. Meskipun di sini bukan kampung atau rumah saya, saya tetap ucapkan jutaan terima kasih,” kata beberapa netizen.

“Ampun Dan Maaf, Kami Terpaksa Berhenti Di Sini” – Azhan Rani

“Kami berhenti sampai sini dulu. Mohon jangan sumbangkan apa-apa wang dan barang-barang lagi pada kami.” Demikian kenyataan pelakon dan selebriti, Azhan Rani di laman Instagram miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Azhan Rani memohon maaf kerana terpaksa berhenti memberi bantuan kepada mngsa banjir berikutan beberapa faktor yang perlu diambil kira.

“Maaf kami terpaksa berhenti di sini. Warehouse kami di Sungai Choh itu pun dipinjamkan tanpa bayaran. Kami perlu pulangkan semula kepada owner. Dia juga ada bisnes di situ.

“Sahabat-sahabat sukarelawan kami juga perlu kembali pada tugas dan tanggungjawab hakiki masing-masing. Ampun dan maaf, kami terpaksa berhenti dulu di sini.

“Apapun kami tetap akan jadi tulang belakang buat mana-mana sukarelawan atau sesiapa jua yang ditimpa musibah setakat kemampuan kami,” katanya.

Tambah Azhan, konsep ‘kita jaga kita’ serta slogan #darirakyatkepadarakyat akan terus terpahat dalam semangat mereka.

”Sama-sama kita doakan agar lebih banyak cerita yang baik-baik buat kita semua nanti. InsyaAllah accountant tak bergaji kami @fizleehafiz akan update final account tabung sumbangan kami. Nanti saya kongsikan di sini.

”Cuma tolong jangan sumbangkan apa-apa lagi untuk team kami. Kita bantu pula pada pasukan lain yang masih meneruskan misi ini.

”Terima kasih semua yang terlibat, terima kasih budi baik dan prihatin setiap orang yang menyumbang. Semoga berpanjangan kasih sayang sesama kita,” katanya selain mengakui mereka mengalami keletihan yang ter0k.

Menurut Azhan, pada asalnya pasukan sukarelawan itu hanya mahu menghantar sekotak pakaian untuk mngsa banjir ke Meru, namun misi mereka dilanjutkan selama 10 hari.

Sumber: Instagram Azhan Rani.

Via trendingsangat

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Wanita warga emas tiba2 Iari berkaki ayam dlm Iumpur tahan kenderaan dinaiki Azhan Rani."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*