[VIDEO] T0lak Cinta Lelaki Melayu, Rupanya Vicha Puteh Bukan Janda Dan Sudah Ada Anak 1, Dia Dedahkan Siapa Suami Dia.

Pasangan ini sudah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Michael Trev0r Ay0mide yang berusia dua tahun.

Berkongsi lanjut tentang perkahwinan itu, Vicha berkata dia sudah mengenali lelaki tersebut sejak tujuh tahun sebelum mereka mengambil keputusan berkahwin.

Tambahnya, dia mengenali Johnson ketika bertemu dalam sebuah majlis anjuran rakannya.

Pasangan ini dinikahkan oleh seorang ustaz warga Indonesia yang memiliki sebuah madrasah di Lembah Klang.

“Syukur Tuhan permudahkan segala urusan dia memel0k Islam dam pernikahan kami.

“Pada awalnya kami ranc4ng untuk adakan majlis ketika itu, namun fakt0r kewangan tidak mengizinkan. Jadi kami lakukan yang wajib sahaja. Ada perancangan akan mengadakan majlis nanti,” ujarnya.

Sementara itu, Vicha mengakui suaminya seorang yang penyayang dan sentiasa memberikan sok0ngan.

Malah, kata Vicha dia juga pernah menolak cinta lelaki Melayu gara-gara dit!pu dan tidak setia.

“Ketika mula jumpa dulu dia agak sombong dan tidak banyak cakap. Saya yang mula mendekati dia kerana ada ciri-ciri lelaki pilihan yang saya mahukan.

“Rasanya lebih lima lelaki Melayu yang cuba mendekati saya sebelum ini. Namun semuanya penipu, ada yang kant0i sudah punya pasangan.

“Belajar dari pengalaman perkahwinan sebelum ini, jika lelaki menipu saya akan tinggalkan terus.

“Dengan Johnson, saya rasa berbeza. Dia berikan saya perhatian dan kasih sayang seorang lelaki yang tidak pernah saya dapat selama ini,” katanya yang belum bersedia mendedahkan wajah suaminya itu.

Vicha sebelum ini pernah berkahwin dan sudah mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Aurel Angelina Khezya, Listy Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista.

Kesemua anaknya masih berada di Indonesia.

VIDEO:

 

Sumber : MSTAR ONLINE.

Via awattsyeikhh.

 

Be the first to comment on "[VIDEO] T0lak Cinta Lelaki Melayu, Rupanya Vicha Puteh Bukan Janda Dan Sudah Ada Anak 1, Dia Dedahkan Siapa Suami Dia."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*