Hari Pertama Sekolah, 100 Murid Terp4ksa P0nteng Sekolah

Kira-kira 100 pelajar di Kampung Kuala Gris, di sini terkandas apabila kereta api yang sepatutnya tiba jam 7 pagi tidak berhenti di hentian tersebut pada Ahad.

Kej4dian berIaku ketika Sinar Harian membuat tinjauan sempena hari pertama persekolahan selepas Kelantan memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Rata-rata pelajar yang bersemangat ke sekolah hari ini melahirkan rasa sedih apabila kereta api yang sepatutnya dinaiki mereka tidak berhenti di Stesen Kuala Gris.

Selepas menunggu 30 minit di hentian tersebut mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan tidak hadir ke sekolah pada hari pertama ini.

Keterujaan hari pertama persekolahan bertukar menjadi sed!h apabila kereta api yang dinanti tidak berhenti.

Hal ini kerana jika hendak ke sekolah mereka perlu menaiki kenderaan sejauh 10 kilometer yang akan mengambil masa 25 minit berbanding menaiki kereta api hanya 17 minit.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong, Siti Masitah Mat Nasir, 18, berkata, pagi ini dia bersemangat bangun seawal jam 5 pagi untuk ke sekolah.

“Hari pertama mestilah seronok dan teruja tetapi sed!h bila kereta api tidak berhenti.

“Saya nak ke sekolah suk4r kerana ibu dan ayah sudah keluar bekerja jadi terpaksalah pulang ke rumah sahaja,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, dia dan rakan-rakan lain mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

Sementara itu, Penghulu Mukim Kuala Gris, Badrul Shahudin ketika ditemui di lokasi berkata, beliau telah menghubungi pihak Kereta Api Tanah Melayu (KTMB) memaklumkan kejadian tersebut.

“Saya pun terkejut dengan kejadian pagi ini dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Jika dahulu kereta api lama ia boleh pat4h balik tetapi Tren Diesel Multiple Unit (DMU) ini dah tidak boleh berbuat demikian,” katanya.

Menurutnya, diharap perkara ini tidak berulang kerana hari ini hari pertama persekolahan di Kelantan dan mereka sangat teruja.

Dalam perkembangan lain, KTMB ketika dihubungi mengesahkan menerima lap0ran berhubung kejadian itu.

Katanya, siasatan lanjut berhubung kejadian itu akan dilakukan secara lebih terperinci.

Sumber : SInar Harian.

Via awattsyeikhh

 

Be the first to comment on "Hari Pertama Sekolah, 100 Murid Terp4ksa P0nteng Sekolah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*