Baru Je VlDA Sebut Shuib Ada Ciri2 Lelaki Idaman, Sekali Shuib Bagi Ayat Boleh Buat Vida Terngaga

Usahawan kosmetik, Dato’ Sri Vida atau Hasmiza Othman, 50, tidak men0lak sekiranya dia ditakdirkan bercinta dengan usahawan yang juga pelawak p0pular, Shuib Sepahtu.

Menurut Vida, Shuib memiliki semua ciri-ciri lelaki idaman yang dia cari selama ini dan dia amat tertarik dengan sikap Shuib melayani anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

“Shuib seorang lelaki yang baik dan penyayang. Saya lihat sendiri bagaimana dia melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat. Lagipun sebelum arwh Siti Sarah menigaI dunia, kami sudah menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi.

“Malah, saya pun rapat dengan anak-anaknya. Saya selalu juga bersiaran langsung bersama anak-anak Shuib melalui Instagram ibu mentuanya. Seronok setiap kali berpeluang bersembang dengan mereka,” katanya.

Bagi Vida, walaupun ada yang mengatakan dia serasi dengan Shuib, tetapi perhubungan itu perlulah melalui proses pengenalan dan restu tanpa paksaan.

“Orang luar boleh berkata apa saja, tetapi hati manusia tak boleh dip4ksa-p4ksa. Tuan empunya badan yang akan membuat keputusan. Kalau tanya saya sekarang, saya tiada masalah untuk berkawan dengan

Shuib,” katanya.Minggu lalu, Shuib dikritik netizen yang menganggap dia terlalu cepat mencari pengganti arw4h isterinya, Siti Sarah Raisuddin, baru lima bulan meninggaI dunia akibat C0vid-19. Namun bagi Shuib, dia sudah lali dan tidak mampu menutup mulut orang. Apa yang penting baginya, hanyalah pandangan dari keluarga terutama dari ibu bapanya.

“Jika mahu mencari jodoh, perlu persetujuan daripada ibu dan anak-anak. Kalau saya yang suka tetapi anak-anak tidak okey, memang tidak akan jadi. Buat masa ini saya serahkan kepada Allah sahaja,” katanya.

‘Tak mungkin bercinta dengan Vida’

Kuala Lumpur: Pelawak dan usahawan p0pular Shuib mendedahkan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida bukan lndividu yang sedang dikenali buat masa ini.

Shuib berkata, dia bagaimanapun selesa berkawan dengan Vida atas urusan bisnes makanan yang diusahakan bersama ketika ini.

“Vida bukanlah lndividu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain tapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan.

“Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwh Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolab0rasi menjalankan perniagaan Unagi.

“Jadi tak mungkinlah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlalu besar dan memiliki segala-galanya. Sementara saya mencari seseorang yang sederhana dan mampu menjaga anak-anak saya yang masih kecil sebaik mungkin,”katanya.

Menurut Shuib, siapapun jodoh yang bakal hadir dalam hidupnya, wanita itu perlu mendapat persetujuan daripada ibu serta anak-anaknya.

“Kalau boleh soal jodoh ini saya tak mahu bercerita sangat sebab terlalu sensitif. Lagipun jodoh ini rahsia Allah. Saya boleh merancang dengan siapa yang saya nak berkawan tapi tak tahu adakah dia jodoh terbaik saya.

“Cuma andai satu hari saya terbuka hati untuk berkahwin, wanita ini perlu mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anak saya terlebih dahulu,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melap0rkan Vida tidak menoIak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelawak dan usahawan popular Shuib.

Katanya, Shuib memenuhi ciri-ciri lelaki idaman yang dicari selama ini.

SUMBER: HMETRO

Be the first to comment on "Baru Je VlDA Sebut Shuib Ada Ciri2 Lelaki Idaman, Sekali Shuib Bagi Ayat Boleh Buat Vida Terngaga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*