[VIDEO] Hanya lihat sebelah mata, pemuda luah rasa SEDlH – “Aku tak macam orang lain..”

Bukan mudah bagi mencari semangat dan kekuatan jika berdepan kekurangan yang ada dalam diri. Suka mahupun tidak, perlu sentiasa bersyukur sekali gus mengabaikan cemuhan orang sekeliling.

Bagi seorang pemuda yang dikenali sebagai Rizwan, dia mengakui dirinya tidak sempurna kerana memiliki kekurangan dari segi fizikal sehingga berkongsi apa yang terbuku di hatinya selama ini.

Aku faham aku tak sempurna macam orang lain,” tulis pemuda berusia 22 tahun itu menerusi satu video di aplikasi TikT0k.

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, dia yang mesra dipanggil Wan dipercayai menghasilkan rakaman suara luahannya berhubung keadaan fizikal yang hanya dapat dilihat dengan sebelah mata.

“Jangan dengan aku tau, sebab aku tak handsome. Nanti kalau kawan-kawan kau tanya, kau juga yang malu dapat boyfriend macam aku. Lebih pun tidak, kurangnya banyak,” katanya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan puunca pemuda tersebut mengaIami kurang upaya penglihatan namun tetap berfikiran positif selain k0men semangat diterima daripada warganet.

Rata-rata mendoakan Rizwan supaya tabah dengan kekurangan dihadapinya serta menyifatkan semua ciptaan Allah SWT adalah sempurna di sisiNya.

Jangan bangga dengan kelebihan diri, jangan juga hina mereka yang mempunyai kekurangan diri. Semua yang berlaku ada hikmah tersendiri dan setiap insan perlu belajar untuk menerima takdirNya.

Sumber: TikTok @rizwanx41

Via omm

Be the first to comment on "[VIDEO] Hanya lihat sebelah mata, pemuda luah rasa SEDlH – “Aku tak macam orang lain..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*