Pegu4m kongsi detik pertemuan dgn remaja cvri tabung masjid, ada nasihat padu kepada masyar4kat

“WALAU apa pun, harap ada sinar untuknya dan semoga ada hidayah untuk dia.”

Demikian mesej seorang lndividu yang bermurah hati mendermakan wang berjumlah RM4,000 bagi menjelaskan d3nda yang dikenakan terhadap Daniel Iskandar, remaja yang cuba mencvri tabung sebuah masjid baru-baru ini.

Mesej tersebut dikongsikan oleh peguam, Azman Abdullah, yang menjelaskan sendiri denda remaja tersebut menggunakan wang sumbangan lndividu dermawan berkenaan.”Ini adalah antara mesej-mesej yang dihantar oleh hamba Allah tersebut kepada saya. Saya yakin bahawa beliau ikhlas membantu adik Daniel dalam kes ini. Beliau telah meminta agar saya mer4hsiakan identitinya,” kata Azman kepada mStar.

Berkongsi lebih lanjut, Azman berkata dia turut berkesempatan bertemu dengan remaja berusia 19 tahun itu pada pagi Jumaat (14 Januari) sebelum dihantar ke Penj4ra Kajang untuk menjalani huk0man.

“Saya sempat berpesan kepadanya agar berubah menjadi insan dan Muslim yang baik. Tinggal semua perkara yang tidak baik.

“Anggap kejadian ini sebagai suatu pengajaran. Mulakan hidup baru. Masa tu, saya lihat dia menitiskan air mata. Semoga dia betul-betul insaf atas apa yang telah berlaku,” kata Azman lagi.

Azman membuat perkongsian di Facebook mengenai denda yang dijelaskan olehnya menggunakan wang yang disumbangkan seorang individu.

Kes membabitkan Daniel mendapat perhatian masyar4kat baru-baru ini selepas video memaparkan remaja lelaki itu dimandikan seperti ‘jen4zah’ kerana cubaan mencvri tabung sebuah masjid pada 8 Januari lalu, menjadi tular di media sosial.

Pada Khamis (13 Januari), Mahkamah Majsitret Selayang menjatuhkan hukuman penjal4ra 10 hari dan denda RM4,000 terhadap remaja berkenaan kerana kesalahan tersebut.

Ketika perbicaraan, dia mendkwa terpksa bertindak sedemikian bagi mendapatkan wang untuk membeli ubat ubatan datuknya yang menghidap kencing manis, sekali gus mengundang simpati netizen.

Namun dalam perkembangan terbaharu, datuk kepada remaja terbabit tampil menjelaskan situasi sebenar dan mendedahkan bahawa dia yang menyarankan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al Islahiah Kuang supaya membuat laporan p0lis ke atas cucunya itu.

Saya sempat berpesan kepadanya agar berubah menjadi insan dan Muslim yang baik. Tinggal semua perkara yang tidak baik.

Mengulas lanjut, Azman berpandangan k3s tersebut menjadi perhatian dan mencetuskan reaksi yang pelbagai ekoran daripada tindakan individu yang tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan video berkenaan di media sosial.

“Tindakan sebegini adalah amat tidak bertanggungjawab dan telah menimbulkan ketegangan di dalam masyarakat. Saya memang berharap agar pelaku (yang telah menyebarkan klip video) dapat ditangkap dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

“Sekali pun adik Daniel disyaki telah melakukan sebarang kesalahan, orang awam tidak sepatutnya menghuk0mnya dengan cara sedemikian rupa.

“Sebaliknya, dia seharusnya diserahkan kepada pihak berkuasa dengan seberapa segera untuk membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang difikirkan wajar di sisi undang-undang,” jelasnya.

Resit sebagai bukti denda dikenakan terhadap Daniel Iskandar sudah dijelaskan.

Azman dalam masa yang sama turut menitipkan mesej kepada masyarakat agar tidak sewenang-wenangnya berkongsi sesuatu perkara yang boleh memalukan pihak lain di media sosial.

“Janganlah sesekali berkongsi sesuatu yang boleh memalukan sesiapa sahaja di media sosial. Tambah-tambah lagi sesuatu yang boleh menimbulkan kekecohan dan ketegangan dalam kalangan masyarakat.

“Seterusnya, jangan sesekali mengecam sesuatu atau sesiapa sahaja, sekali pun individu tersebut ada melakukan sebarang kesilapan atau kesalahan.

“Budaya kec4m mengec4m ni langsung tidak memberi manfaat kepada kita semua. Dan kalau kita tak tahu fakta sebenar, kita tak perlu komen. Diam adalah lebih baik,” katanya lagi.

“Dana Masjid bukan beli ubat atuk”

KUANG – Datuk kepada remaja mencvri tabung masjid dan dimandikan ala jen4zah mendedahkan bahawa beliau yang menyarankan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al Islahiah Kuang supaya membuat laporan p0lis ke atas cucunya itu.

Ketika ditemui MalaysiaGazette, Rosli Sidek, 65, berkata, ini kerana beliau ingin memberi pengajaran kepada cucunya, Daniel Iskandar Mohd Nasir, 19, supaya menjadi orang berguna pada masa depan.

Malah, katanya, beliau tidak ingin apa yang terjadi terhadap keluarganya gara-gara sikap negatif Daniel Iskandar sebelum ini akan menimpa orang lain.

“Daniel Iskandar merupakan remaja yang bermasalah dan saya tidak sanggup menjaganya kerana tindakan yang tidak boleh dikawal lagi dan agresif.

“Kemungkinan besar dan dikhuatiri dia ada ambil benda terlarang dan baru terjebak jadi penagih kerana sering melakukan tindakan luar dugaan.

“Contohnya dia pernah mencvri wang dan motosikal saya, wang simpanan umrah arwah neneknya, telefon bimbit saudaranya, pernah hendak ugut mencederakan arwah neneknya dan sering pulang lewat malam,” katanya ketika ditemubual MalaysiaGazette di sini hari ini.

Rosli turut memohon kepada netizen di media sosial agar tidak menyalahkan AJK masjid yang membawa kes cvri cucunya itu kepada pihak berkuasa.

Tegas beliau, negara ini mempunyai undang-undang dan tindakan itu diharap dapat mengubah sikap Daniel.

Rosli juga mengakui pihak AJK masjid terlebih dahulu berbincang dengannya namun beliau nekad kes cucunya disiasat polis.

Malah Rosli juga tidak ambil hati apabila video cucunya menjadi viral kerana dimandikan seperti jenazah.

“Saya tidak ambil hati pun malah bersyukur dia diberi pendidikan kerana mencvri.

“Nasib baik hanya dijirus air biasa kalau air panas macam mana,” katanya yang tidak menyesal tidak mempertahankan cucunya itu agar kes cvri itu diselesai cara baik.

Ditanya mengenai masa depan Daniel Iskandar, Rosli hanya berharap tiga impiannya boleh dipenuhi selepas kes cucunya menjadi tular sejak semalam.

Katanya sekiranya Daniel Iskandar dapat dibebaskan, beliau mahu ada pihak dapat memasukkannya ke rumah perlindungan atau pusat kemahiran.

Selain itu beliau juga mahu jaminan p0lis agar dirinya tidak lagi diganggu oleh menantunya yang juga bapa Daniel Iskandar.

“Saya tidak pernah suruh dia beli ubat sehingga mencvri. Saya ada terima bantuan Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM400 sebulan.

“Malah pihak AJK masjid selalu bertanya khabar dan memberi barang keperluan asas seperti beras setiap bulan,” katanya yang tidak berniat mendedah aib cucunya namun perlu bersikap jujur.

Sumber trendingsangat

Be the first to comment on "Pegu4m kongsi detik pertemuan dgn remaja cvri tabung masjid, ada nasihat padu kepada masyar4kat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*