Berang Kena CERAl Sebab Suami Pilih Kekasih, Isteri Nekad R0b0h Rumah Guna Jentolak – ‘Biar Sama-Sama Tidak Memiliki, Barulah Adil!’

Setiap pasangan yang berkahwin menginginkan kebahagiaan rumah tangganya kekal hingga akhir hayat. Namun, takdir sudah tertulis, ada keluarga yang berakhir dengan pencer4ian.

Kena cer4i sebab suami ada kekasih.

Seorang wanita bertindak merob0hkan rumah miliknya bersama suami di Desa Gedungbanteng selepas dia dicer4ikan gara-gara orang ketiga.

Darmi, 40, berang dengan tindakan bekas suaminya itu bertindak merob0hkan rumah yang dibina pada tahun 2016 dengan menggunakan jentolak.

Katanya lagi, biarpun tanah rumah tersebut milik keluarga mentua, dia tidak akan membenarkan bekas suaminya, Purwanto, 35, dan kekasih tinggal di situ.

Tanah ini milik orang tua Purwanto iaitu bekas suami saya tetapi rumah ini kami bina bersama-sama.

Sekarang dia sudah ada wanita lain, saya tidak akan benarkan bekas suami dan kekasihnya tinggal di rumah ini. Biar sama-sama tidak memiliki rumah ini, barulah adil.

Rumah untuk hari tua.

Dalam pada itu, dedah Darmi, rumah itu dibina untuk dia dan bekas suami tinggal bersama pada hari tua nanti bukan diwarisi kepada anak-anak.

Saya bina rumah bukan untuk anak-anak tetapi untuk hidup bersama suami hingga ke hari tua. Ternyata, kami berpisah jadi jalan paling senang, rob0hkan sahaja.

Saya juga mendermakan semua barang-barang dalam rumah buat mereka yang berminat. Saya tidak mahu wang atau apa pun, cukup rumah ini sudah dirob0hkan.

Sumber: BeritaJatim

Via ohbulah

Be the first to comment on "Berang Kena CERAl Sebab Suami Pilih Kekasih, Isteri Nekad R0b0h Rumah Guna Jentolak – ‘Biar Sama-Sama Tidak Memiliki, Barulah Adil!’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*