Mark Zuckerberg berkemungkinan besar tutup Faceb00k dan Instagram di Er0pah? Bersediakah anda?

Facebook dan Instagram memang ditawarkan secara percuma kepada pengguna di seluruh dunia. Namun, percuma itu ada makna di mana data peribadi pengguna dijadikan sebagai “bayaran”.

Disebabkan itu, Kesatuan Eropah (EU) tidak bersetuju dengan cara yang dilakukan syarikat Meta itu kerana meIanggar und4ng-und4ng mereka.

HaI ini kerana, mengikut undang-undang EU, segala data pengguna perlu disimpan dan dipr0ses di pelayan (server) Eropah.

Sebaliknya, data Facebook dan Instagram diproses di pelayan Amerika Syarikat dan Eropah yang mana ia penting untuk sasaran pengiklanan dan perniagaan bagi kedua-dua media sosiaI tersebut..

Dengan ini, Meta dalam kenyataan terbaru mengatakan jika mereka tidak dapat mengikut peraturan yang ditetapkan Eropah, mereka berkemungkinan besar akan menutup Facebook dan Instagram di rantau itu.

Jika dilihat, pengguna di Eropah mungkin boleh hidup tanpa Facebook. Akan tetapi, Instagram masih mempunyai pengguna yang ramai terutama dalam kalangan golongan muda.

Bagaimanapun, dengan kehadiran TikT0k, remaja masa sekarang pun sudah ramai beralih ke platform baharu ini. Malah, Facebook sebelum ini turut mengakui bahawa TikT0k merupakan pesaing terhebat mereka.

Sumber : Wiser

Be the first to comment on "Mark Zuckerberg berkemungkinan besar tutup Faceb00k dan Instagram di Er0pah? Bersediakah anda?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*