[VIDEO] “Takkanlah Setiap Kali Nak Buat C0ntent, Saya Kena C0nteng Dulu”. Mustahil Orang Nak C0nteng Mukanya Macam Tu -ANIS

GADIS ini sama seperti remaja lain, namun ada sesuatu yang membuatkan dirinya unik.

Mungkin bagi sesetengah lndividu, mempunyai tanda lahir yang agak ketara pada wajah dianggap ‘menc4catkan’ penampilan tetapi berbeza dengan remaja yang mahu dikenali sebagai Anis ini.

Gadis berusia 16 tahun ini agak aktif berkongsi video mengenai diri dan aktivitinya bersama rakan-rakan di media sosial, di mana ia sebagai salah satu cara untuk memupuk keber4nian berdepan dengan khalayak.

Berkongsi ‘asal-usul’ tanda lahir pada wajahnya, Anis berkata ia sememangnya wujud sejak lahir.

“Kemudian seiring dengan peningkatan usia, tanda tu ikut membesar sekali. Saya ada rujuk pakar kulit.

“Dan mereka cakap jika ada sesuatu kelainan terjadi, cepat-cepat rujuk semula dengan pakar, tak0t berkemungkinan boleh terkena peny4kit lain seperti knser kulit,” ujar gadis yang menetap di Ipoh, Perak ini.

Tambah Anis yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik, hanya dia seorang dalam keluarganya yang mempunyai ciri unik tersebut.

Tidak terkecuali menjadi m4ngsa us!kan kerana tanda lahir pada wajahnya, Anis berkata dia lebih suka mengambil pendekatan untuk bersikap positif.

Anis berkata dia lebih suka mengambil pendekatan untuk bersikap positif.

“Masa tadika, saya baru nak berkawan. Ada juga rasa malv nak jumpa kawan-kawan tak0t ada yang pel!k. Tapi bila dah lama-lama, just be yourself.

“Biasalah kawan-kawan waktu sekolah rendah ej3k panggil ‘tompok-tompok’ tapi tak ambil hati sangat. Saya cuma pek4kkan telinga dan buat haI sendiri.

“Selalunya nenek yang motivate. Dia selalu pesan ‘kamu tu bukannya cacat cuma kulit saja terlebih sikit. Adalah hikmah tu’. Saya pun tidak ambil peduli apa yang orang kata,” ujar penuntut tingkatan empat ini.

Aktif memuat naik video di aplikasi T1kT0k, Anis bersyukur kerana majoriti warg4net memberikan k0men berbentuk kata-kata semangat dan memuji sikapnya yang sangat positif.

Takkanlah setiap kali nak buat c0ntent, saya kena c0nteng. Mustahil orang nak c0nteng mukanya macam tu-Anis.

“Tapi ada juga komen ‘yang puji ni mesti perli’. Saya cuma abaikan dan ambil mana yang positif sahaja. Ada juga yang k0men ‘ini filter ke?’. Ada juga yang k0men ‘c0nteng muka ke?’.

“Saya pun dah penat nak jawab. Takkanlah setiap kali nak buat content, saya kena c0nteng. Mustahil orang nak c0nteng mukanya macam tu,” katanya lagi.

Mahu menyebarkan mesej positif terutama kepada mereka yang kurang mempunyai keyakinan diri menerusi perkongsiannya, Anis berkata adalah penting untuk setiap individu bersyukur dengan kurniaan Tuhan.

 

Anis merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik.

“Kalau kita tak positif, persekitaran pun tak positif, semua yang kita nampak akan jadi negatif dan dorong untuk berfikir ‘kenapa aku tak cukup, kenapa aku tak lawa atau handsome macam dia?’.

“Semua ni akan attack kita dan terus overthinking. Letak mindset yang kita dah sempurna, elok, cantik. Ada orang di luar sana yang tak cukup sifat dan ada masalah lain yang lebih ter0k dari kita.

“Jadi kita bersyukur dengan apa yang ada. Saya seorang peminat Kp0p, dan muzik Kp0p ni adakalanya pupuk sifat untuk sayangi diri sendiri.

“Dari situ saya belajar sayangi diri dan menerima kekurangan diri,” katanya lagi.

KOMEN NETIZEN :

 

Sumber:mStar

 

Be the first to comment on "[VIDEO] “Takkanlah Setiap Kali Nak Buat C0ntent, Saya Kena C0nteng Dulu”. Mustahil Orang Nak C0nteng Mukanya Macam Tu -ANIS"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*