[VIDEO] Edar berkotak-kotak secara percuma, netizen dakwa susu Nilofa dah nak ‘EXPlRED’?

Sejak semalam, tular di media sosial apabila video seorang pengguna Tikt0k yang merakam keadaan lalu lintas yang agak sesak berdekatan HQ susu keluaran selebriti terkenal Neelofa.

Semua boleh ambil banyak mana yang suka.

Difahamkan susu jenama Nilofa itu telah diberikan secara percuma kepada sesiapa sahaja dan mereka boleh mengambilnya dalam jumlah yang tidak terhad.

Oleh sebab itu, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkannya bagi merasai sendiri susu keluaran selebriti p0pular itu.

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @ZZulfikli, dia menyatakan yang dia salah seorang lndividu yang pergi mengambil susu tersebut.

Susu durian tu dah nak expired?

Dalam ciapan yang ditulis olehnya, dia merasakan susu Nilofa itu tidak laku memandangkan tarikh pembuatannya adalah pada 2020 manakala tarikh luputnya pada bulan Mac 2022.

Jadi, inisiatif ‘memberi sedekah’ itu dibuat bagi menghabiskan st0k susu durian yang tidak terjual sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini.

Dalam pada itu, dia juga membuat review jujur dengan merasakan yang perisa durian untuk susu keluaran Nilofa ini tidak berapa sedap.

Perkara berkenaan turut disokong oleh pengguna media sosiaI yang lain dengan memaklumkan perkara sama. Mereka juga menjelaskan yang kebanyakan daripada tarikh tamat tempoh elok digunakan adalah kira-kira seminggu hingga dua minggu sahaja lagi.

Jadi, cara paling mudah untuk menghabiskan stok yang masih banyak di HQ adalah dengan cara memberi sedekah kepada orang ramai.

Bersyukur jela dah dapat free tu

Walaupun ada yang kurang setuju dengan cara pemilik susu berkenaan menghabiskan stok, masih ramai yang menyokong tindakan murni  dilakukan dengan bersedekah kepada orang ramai.

Oleh itu, mereka yang belum pernah merasai sendiri susu jenama Nilofa ini boleh sama-sama menikmatinya tanpa perlu mengeluarkan duit.

Yang penting, tepuk dada tanya selera.

Ada pernah jual tapi tak balik modal.

Dia bagi free sebab nak lupuskan.

Sumber: TikTok @sayalipas, Twitter @ZZulfikli

Via omm

Be the first to comment on "[VIDEO] Edar berkotak-kotak secara percuma, netizen dakwa susu Nilofa dah nak ‘EXPlRED’?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*