[VIDEO] Berebut Beli Ikan Harga 10sen Seekor Di Kelantan. Sekali Netizen Perasan Satu Benda Yg Memang Menyedihkan

Gara-gara promosi ikan mabong yang dijual pada harga 0.10 sen seek0r, ramai warga Kelantan dilihat berebut-rebut bagi mendapatkan protein tersebut di cawangan Mydin Tunjung, Kota Bharu yang baru dibuka hari ini.

Menerusi laman sosiaI Instagram, video yang menyaksikan sekumpulan penduduk berebut-rebut bagi mendapatkan ikan tersebut tular.

Melihat pada perkongsian berdurasi lima saat itu lagi, ramai lelaki dan wanita berpusu-pusu tanpa mengamalkan penjarakan sosial mengelilingi kaunter ikan terbabit yang sudah hampir habis.

Antara k0men k0men netizen:

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya meluahkan rasa terkej0t mereka setelah melihat ramai warga Kelantan berebutkan ikan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang gelisah melihatkan keadaan tersebut yang mungkin menjadi pencetus bagi kluster baru COVID-19 di Kelantan.

VIDEO:

“Makcik pakcik tak kisah dah bertempur asalkan dapat ikan 10 sen, ooo berat,” komen seorang wargamaya.

“Pasni keluar kluster 10 sen dari Mydin,” ujar seorang wargamaya.

“Sabar makcik, penjarakan out,” luah seorang wargamaya.

“Campur habis lelaki perempuan,” kata seorang wargamaya.

“SOP oii, mari p0lis nanti tu kena semua sek demo,” tulis seorang wargamaya.

“Kelantan takde C0vid kot,” usik seorang wargamaya lagi.

Difahamkan pembukaan cawagan pasar raya ke-67 di Kelantan ini melibatkan keluasan hampir 1 juta persegi, sekali gus menjadi Mydin terbesar di Malaysia.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "[VIDEO] Berebut Beli Ikan Harga 10sen Seekor Di Kelantan. Sekali Netizen Perasan Satu Benda Yg Memang Menyedihkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*