Buat muka SEDlH sambil jalan terhincut, netizen b0ngkar penipuan warga emas. -“Cukup2 la drama pokcik.”

Sejak akhir-akhir ini, banyak kes penipuan yang kita dengar berlaku dalam golongan peminta sedekah.

Begitu juga dengan satu video yang tular, dipercayai di Kota Bharu, Kelantan mengenai seorang lelaki warga emas yang sering berlegar di lampu lsyarat.

“Semoga dipermudahkan segala urusan…”

Begitulah perkongsian @MissKay yang tular di Tikt0k, menunjukkan seorang lelaki warga emas yang jalan terhincut-hincut melintasi kenderaan wanita ini.

Menerusi kapsyen, MissKay meluahkan rasa simpati dan berharap ada individu yang sudi menghulur bantuan buat lelaki tersebut atas keadaannya yang nampak darurat.

“Yang tahu je tahu…”

Namun begitu, perkongsian tersebut menarik perhatian ramai yang memb0ngkar haI sebenar, di mana ianya cuma lakonan semata-semata untuk meraih simpati orang ramai.

Di ruangan k0men, rata-rata netizen yang mengenali pak cik tersebut menceritakan sebenarnya keadaan warga emas itu elok sahaja, namun sengaja dibuat-buat bagaikan kurang upaya demi mencari pendapatan.

“Pernah tengok depan2, mula2 dia buat gitu. Lepas dapat duit elok je jalan…”

Ruangan k0men dibanjiri dengan penjelasan netizen yang duduk di kawasan berdekatan mengenai sikap warga emas ini yang sememangnya cuma berlakon demi mencari duit. Setelah memperoleh apa yang diinginkan, dia difahamkan akan berjalan seperti biasa dengan sempurna.

Sumber :Redaksi.com

Be the first to comment on "Buat muka SEDlH sambil jalan terhincut, netizen b0ngkar penipuan warga emas. -“Cukup2 la drama pokcik.”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*