“Kau Dah Panggil Family Aku Barva!” Adik Shila Amzah Tak Suka Kakak ‘Dikenen’ Dengan Sharnaaz?

Pelakon, Sharnaaz Ahmad kini sering diusik oleh orang ramai untuk kembali bercinta dengan peyanyi, Shila Amzah selepas dia dilihat memberi sokongan secara terbuka kepada penyanyi lagu Pelukan Angkasa di Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) baru-baru ini.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad berkata, dia tak mampu menghalang peminat dan pengikut untuk mendoakan haI yang baik pada dirinya.

Namun, pelakon filem Jebat itu mengakui percaya bahawa di akhirnya urusan rezeki, jodoh dan ajal itu berada di tangan Allah SWT.

Terus-terang, kami ada saling mesej. Dia melalui fasa yang pernah saya alami, perceraian. Sebenarnya, daripada dulu kami tak pernah bermusuh.
Menurutnya, selepas Shila berpisah dengan bekas suaminya, Haris Idraki Elias, mereka ada berhubungan menerusi telefon dan Sharnaaz banyak memberikan kata-kata semangat buat Shila.

Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia saja, waktu itu. Tapi bagi saya, dah lama sangat dah. Nak berdendam pun untuk apa?

Sebenarnya, kalau nak tahu, genre muzik yang dibawakan oleh Shila di AJL36 itu adalah genre sebenar yang dia paling suka. Tapi biasalah, dulu ada tangan-tangan ghaib yang mengawal dia, jadi tak diberikan peluang itu.

Jelas Sharnaaz, sejak mereka bercinta dulu, dia tahu memang Shila cukup suka genre muzik seperti kumpulan Evanescence. Baru-baru ini, dia dapat peluang untuk menyanyi genre itu dengan baik dan benar-benar menjiwainya.

Adik Shila Amzah Tak Suka Kakak ‘Dikenen’ Dengan Sharnaaz

Seperti diketahui ramai, sejak kebelakangan ini pelakon Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah sering kali dikaitkan bersama dan ramai yang minta untuk mereka kembali bercinta.

Baru-baru ini juga, Sharnaaz ada memberitahu kepada media dia tidak menghalang orang ramai untuk mendoakan perkara baik berlaku kepada hubungan mereka dan turut berterus terang bahawa dirinya ada saja berbalas mesej bersama Shila.

Walau bagaimanapun, semalam adik kepada Shila iaitu Syada Amzah yang juga merupakan seorang penyanyi ada memuat naik satu ciapan seakan-akan tidak menyukai orang ramai mengaitkan nama kakaknya dan pelakon itu.

 

Di dalam ciapan tersebut, terlihat beliau seperti masih tidak boleh melupakan apa yang telah dilakukan oleh ‘lelaki’ tersebut kerana telah memanggil keluarganya dengan kata-kata kesat.

Biarpun tidak memberitahu untuk siapakah ciapan itu ditujukan, tetapi meninjau di balasan komen netizen, rata-rata sudah dapat meneka lelaki yang disifatkan sebagai biadap tersebut.

Dalam ciapan sebelum itu, Syada juga berharap agar ‘lelaki’ tersebut jauhkan diri dari keluarganya dan tidak meng4nggu mereka lagi.

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“Kau Dah Panggil Family Aku Barva!” Adik Shila Amzah Tak Suka Kakak ‘Dikenen’ Dengan Sharnaaz?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*