[VIDEO] MeIampau, Wanita Sesuka Hati Basuh Tangannya yg Kotor dlm MRT Akhirnya Mengundang Pad4h.

Sebagai pengguna pengangkutan awam, rasanya setiap lndividu seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi.

In kerana pengangkutan itu juga sering digunakan oleh orang lain. Namun, berbeza dengan tindakan seorang pengguna MRT ini.

Ia apabila dia dengan sesuka hati membuka bot0l minuman dan mencurahkan air ke lantai train untuk membasuh tangan.

Situ4si tersebut telah dirakam Oleh pengguna yang lain dan dipanjangkan ke pengurusan Rapid KL.

Justeru itu, pihak Rapid KL telah memuat naik video berkenaan di facebook serta meneg0r perbuatan kurang bertanggungjawab tersebut.

Respond pihak Rapid KL.

“Kami tidak pernah upgrade tren kami untuk dijadikan tempat membasuh tangan. Harapan kami, jangan tiru akksi/perbuatan ini dan semoga semua penumpang lebih bertanggungjawab dan beretika ketika menaiki tren. Jangan lupa juga memakai pelitup muka dengan betul ketika menaiki pengangkutan awam.”

Rakaman Video ada di Bawah.

Pihak Rapid KL menasihatkan orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam tidak meniru perilaku kurang sopan itu dan lebih beretika dalam menjaga keselesaan bersama.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan k0men dengan berasa kesaI melihat perlakuan sebegitu yang bersifat mementingkan diri sendiri.

 

TAWARAN ISTIMEWA RUANG SEWAAN KIOSK MURAH DI STESEN LRT UNTUK BEKAS ANGGOTA TENTERA.

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), melalui anak syarikatnya, Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE), telah menjalinkan kerjasama dengan PERHEBAT dalam dalam satu usaha serampang dua mata untuk menyuntik keceriaan di stesen LRT bagi meningkatkan pengalaman pelanggan dan menyokong bekas angg0ta tentera meningkatkan tahap kehidupan mereka.

Usaha ini juga merupakan salah satu initiatif dalam memartabatkan perusahaan mikro di arena perniagaan yang semakin mencabar selaras dengan agenda Keluarga Malaysia.

PERHEBAT, singkatan kepada Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera, memperkenalkan program VETERANIAGA Ruang Niaga @ Stesen LRT dengan menyediakan 145 ruang niaga di 21 stesen LRT terpilih dengan diskaun khas istimewa kepada bekas angg0ta tentera khususnya mereka yang tinggal di Lembah Klang.

“Ini adalah program ‘menang-menang’, yang Prasarana harap untuk dikembangkan kepada persatuan-persatuan lain untuk menyemarakkan lagi aktiviti komersial dan pertumbuhan ekonomi di Lembah Klang, yang terjejas teruk ekoran penularan wab4k C0vid-19 sejak dua tahun lepas.
“Pihak kami amat berterima kasih kepada PERHEBAT atas kerjasama ini dan berharap bekas anggota tentera akan mengambil peluang keemasan ini. Program ini adalah sumbangan Prasarana untuk membantu bekas angg0ta tentera, yang telah banyak menabur bakti kepada negara di samping bagi menyemarakkan Industri Kecil dan Sederhana (SME),” menurut satu kenyataan media Prasarana hari ini.

Di bawah program itu, PERHEBAT telah membuat penyewaan selama setahun untuk kiosk-kiosk di stesen Cempaka, Pandan Indah, Pandan Jaya, Bukit Jalil, Hang Tuah, Plaza Rakyat, Pudu, Maluri dan Bandar Tun Razak untuk Laluan Ampang/Sri Petaling dan stesen-stesen Bangsar, G0mbak, Taman Melati, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa, Jelatek, Dato’ Keramat, Ampang Park, Dang Wangi dan Pasar Seni untuk Laluan Kelana Jaya.

Bersempena bulan puasa yang bermula bulan depan, Prasarana juga akan membuka kiosk-kiosk Bazaar Ramadhan sebagai satu lagi inisiatif untuk memantapkan pengalaman pelanggan yang menggunakan perkhidmatan rel kendaliannya.

Sumber: Facebook RapidKL, http://cikguain.com/

 

Be the first to comment on "[VIDEO] MeIampau, Wanita Sesuka Hati Basuh Tangannya yg Kotor dlm MRT Akhirnya Mengundang Pad4h."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*