[VIDEO] “Tak Elok Walaupun ‘Bestie’” – Kerap Berpel0kan Dengan Danial Chuer, Yazmin Aziz Ditegur Netizen.

Terdahulu, peserta Big Stage 2022 iaitu Yazmin Aziz telah memuat naik satu hantaran video di laman TikT0k miliknya yang telah menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Menerusi video tersebut, Yazmin dilihat memel0k erat penyanyi, Danial Chuer yang merupakan rakan baiknya setiap kali mereka bertemu di belakang tabir program Big Stage 2022..

Penyanyi berusia 20 tahun itu mengakui sedar video tersebut telah dikec4m netizen namun memilih untuk mengabaikannya dan lebih teruja dengan k0men positif dari pengikut yang suka melihat persahabatan mereka berdua.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Yazmin Aziz (@yazmin.aziz)

Ramai ingat kami bercinta sebab nampak rapat. Sejujurnya, Danial seperti abang saya. Saya tak pernah ada kawan lelaki yang rapat seperti tu.

Menurut Yazmin, dia dan Danial mula berkawan rapat sejak mereka berdua menyertai program Big Stage 2022.

Bagi saya dia orang penting dalam hidup saya tapi kami tak ada hubungan istimewa.

Meninjau di ruangan k0men, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi, ada yang suka melihat persahabatan mereka berdua namun ada juga yang menegur perbuatan kedua penyanyi itu.

Sumpah korang c0mel! – pengguna TikT0k.

“Semoga Yazmin dengan Danial dapat menjaga batas antara lelaki dengan perempuan lepas ni,” tulis seorang netizen.

SUMBER : Mstar

Via beautifulnara

Be the first to comment on "[VIDEO] “Tak Elok Walaupun ‘Bestie’” – Kerap Berpel0kan Dengan Danial Chuer, Yazmin Aziz Ditegur Netizen."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*