Reb4h sebelum tahiyat akhir, jemaah meninggaI ketika rakaat ke-20 tarawih.

PEMERGIAN secara mengej0t lelaki berusia 51 tahun ini ternyata membawa kej0tan besar buat ahli keluarganya.

Zamri Saad meningg4l dunia ketika menunaikan solat tarawih di Masjid Tunku Intan Safinaz, Kampung Lanai, Baling, Kedah pada Sabtu.

Dia yang rebah secara tiba-tiba disahkan meningg4l dunia di masjid itu.

Isterinya, Rohani Mohd Noor, 51, berkata, dia hanya mengetahui bahawa suaminya reb4h secara tiba-tiba selepas dimaklumkan abang iparnya.

“Kira-kira pada jam 10 malam, abang suami saya datang beritahu suami telah jat0h dan pengsan ketika solat.

“Saya terus mengajak anak kedua, Nazirol, 20, ke masjid itu dan dia masuk dahulu ke dalam masjid sebelum keluar semula dengan memberitahu bapanya sudah tiada,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Ibu kepada tujuh anak itu berkata, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali anak-anak mula perasan bapa mereka agak pendiam sejak akhir-akhir ini.

Katanya, dia tidak menyangka suaminya meningg4l dunia ketika sedang solat tarawih di Masjid Tunku Intan Safinaz.

“Sepanjang Ramadan, inilah kali pertama suami saya tergerak hati berbuka puasa di masjid. Tidak sangka arwh akan dijemput Ilahi ketika sedang solat tarawih di masjid itu.

“Sebelum itu, suami ada mengajak saya untuk solat tarawih di masjid itu, namun saya men0lak kerana mahu solat di surau berhampiran rumah kami,” katanya.

Ketika diminta berkongsi amalan suaminya, Rohani memberitahu, arwh sentiasa bangun malam untuk menunaikan solat sunat tahajud dan solat sunat lain sehingga waktu bersahur sepanjang Ramadan setiap tahun.

“Suami dulu bekerja sebagai pemandu lori tetapi sudah tidak bekerja kerana bimbang tahap kesihatan memandangkan pernah dimasukkan ke H0spital Taiping, Perak akib4t penyakit jantung tiga tahun lepas.

Dia berkata, mereka sekeluarga bagaimanapun reda dengan pemergian arwh.

“Anak-anak telah membeli baju raya warna sedondon untuk menyambut Hari Raya, namun arwh sudah pergi dahulu, ” katanya.

Penduduk kampung, Hashim Osman, 51, berkata, arwah Zamri rebah ketika sedang solat pada rakaat ke-20 sebelum disahkan men!nggal dunia di masjid itu.

 

Hashim berkata, arwh memberitahu dia tidak boleh makan kurma kambing ketika mereka berbuka puasa, namun ada meminta kebenaran untuk membawa balik sedikit lauk itu untuk anak-anaknya.

Menurutnya, arwh juga ada mengadu sakit dada pada jemaah lain pada sebelah petang sebelum kejadian.

“Ketika solat, arwh tiba-tiba rebah dan kami terdengar bunyi dengkuran yang agak kuat.

“Jemaah sempat menghabiskan solat dan terus mendapatkan arwh yang ketika itu sedang nazak dan kami sempat mengajarnya mengucap syahadah,” katanya.

Sementara itu, Ketua P0lis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, hasil dapatan daripada waris, mngsa men!nggal dunia lebih kurang jam 10.10 malam semasa selesai memberi salam pada rakaat ke 20 solat tarawih ketika berada di saf hadapan dan kedudukan berada di belakang Imam.

“Mngsa disahkan men!nggal dunia oleh pihak Klinik Parit Panjang di sini,” katanya. – Sinar Harian.

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Reb4h sebelum tahiyat akhir, jemaah meninggaI ketika rakaat ke-20 tarawih."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*