[VIDEO] Satu keluarga balik kampung, budak lelaki ditinggal sendirian sebab kereta tak muat.

Berbaki beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan boleh dikatakan ketika ini masing-masing sedang sibuk bersiap untuk pulang ke kampung bagi menyambut hari bermakna itu bersama keluarga tercinta..

Kena tinggal sebab kereta tak muat
Dalam suka menghitung hari, jangan di lupa pada mereka yang mungkin tidak senasib dengan kita seperti yang dilalui oleh budak lelaki ini.

Menerusi perkongsian Teratai Biru, difahamkan budak itu ditinggalkan oleh keluarganya yang pulang ke kampung kerana kereta tidak muat..

Jika dilihat, kanak-kanak itu duduk sendirian di luar rumah dan hanya tersenyum apabila menyedari gelagatnya sedang dirakam.

Sampai hati buat anak macam tu”
Hal itu sekaligus menyebabkan warganet tumpang simpati mengenangkan nasibnya dan mempersoalkan tindakan orang tuanya yang sanggup meninggalkan anak sendiri seperti itu.

“Kalau tak muatlah sewalah van atau naik bas”

“Macam mana lah boleh terfikir ke situ”

“Aku rela tak beraya”

Sumber – TIKTOK @ REDAKSI

Be the first to comment on "[VIDEO] Satu keluarga balik kampung, budak lelaki ditinggal sendirian sebab kereta tak muat."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*