Tular foto dipakaikan baju raya, kanak2 hidap k4nser 0tak menigaI pada 1 Syawal.

Sebelum ini, tuIar di media sosial beberapa keping gambar menunjukan seorang kanak-kanak perempuan dipakaikan baju raya lebih awal dan bergambar bersama adik-beradik yang lain dalam keadaan dirinya yang kurang sihat.

Menerusi perkongsian dari Facebook bapanya, Rashidee Abd Rashid, adik Raudhatus Solehah binti Mohamad Rashidee telah menghidap k4nser 0tak kr0nik dan keadaannya begitu Iemah.

Pakaikan baju raya buat anak.

Jadi, mereka sekeluarga menunaikan hasrat anak tersayang yang ingin memakai baju raya dan bergambar bersama adik beradiknya.

Dalam kapsyen yang ditinggalkan Rashidee, dia menyatakan andai hari tersebut merupakan hari terakhir anaknya di dunia, sekurangnya mereka tidak berasa ralat kerana sudah memakaikan pakaian raya kepadanya.

Anak pergi pada 1 Syawal.

Kuasa Allah S.W.T lebih hebat dari segalanya. Pada 1 Syawal yang lalu, Rashidee telah memaklumkan yang anak tersayang sudahpun dijemput oleh Maha Penciptanya sekitar jam 12 tengahari.

Perkongsian tersebut pastinya begitu menyentuh hati andai ada yang mengikuti perkembangan kesihatan kanak-kanak tersebut sejak setahun lalu selepas disahkan menghidap ketumb0han dalam 0tak.

Dalam perkongsian ringkas Rashidee, dia menulis yang anaknya ada meminta memakai baju raya berwarna putih dan Allah menunaikan hasrat tersebut.

“Kakak meminta Baju Raya Berwarna Putih” Alhamdulillah Allah tunaikan permintaan Kakak,”tulisnya.

Reda dengan pemergian anak sulung.

Menerusi muat naik yang berbeza, bapa kepada allahyrham juga sempat mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang mengikuti perkembangan Raudhatus Solehah dan tak henti mendoakan agar Allah S.W.T mengangkat rasa sakit yang dihidapi.

Jelasnya, dia sekeluarga reda dengan ketentuan daripada Maha Pencipta dan mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana kelahiran puteri sulungnya itu memberikannya satu pengajaran yang cukup besar dalam memikul tanggungjawab sebagai orang tua.

Semoga anak hebat itu menjadi penyebab ibu bapa dan adik-beradik yang lain sama-sama menuju ke syurga firdausi kelak. Salam takziah buat keluarga.

Sumber: Facebook Rashidee Abd Rashid

Via omm

Be the first to comment on "Tular foto dipakaikan baju raya, kanak2 hidap k4nser 0tak menigaI pada 1 Syawal."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*